Adhif dan pembantunya digantung jawatan dalam ARMADA serta merta -Syed Saddiq
Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah dan pembantu politik Ahmad Redzuan Mohamed Shafi telah digantung daripada jawatan mereka dalam Pemuda Bersatu (Armada).
Dalam satu kenyataan media, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata mesyuarat Majlis Ketua Armada Nasional telah memutuskan bahawa Ahmad Redzuan akan digantung dari jawatannya sebagai penolong setiausaha dan digantikan oleh Danial Syahiran Ho.
Adhif Syan pula digantung dari jawatan ketua Armada Selangor dan akan digantikan oleh timbalannya, Anas Akashah Nazri.
"Penggantungan ini berkuat kuasa serta-merta sehingga selesai siasatan polis mengenai kes berkaitan.
Kedua-dua mereka adalah antara 17 individu, termasuk enam wanita, yang ditangkap dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Puchong pada awal pagi Ahad lalu.
"Saya mengambil serius dengan isu penahanan beberapa pegawai oleh pihak polis. Sebaik sahaja dimaklumkan dengan berita ini, saya telah arahkan pegawai Kementerian yang terlibat untuk digantung tugas sementara siasatan dimuktamadkan."
'Saya akan sentiasa menghormati prinsip Rule of Law. Jika mana-mana individu terlibat dengan salah laku, laporlah kepada pihak berkuasa kerana semua tertakluk kepada undang-undang tanpa mengira jawatan dan status. Termasuklah saya."
"Selaku Ketua Armada Nasional, saya juga telah menggantung jawatan anggota ARMADA yang terlibat selepas mesyuarat Majlis Armada Nasional diadakan."
"Saya percaya keputusan ini adalah selari dengan agenda politik khidmat ARMADA dan adil kepada rakyat dan semua yang terlibat."ujar Saddiq
-Tun Carlos