Adun Dengkil dan Pegawai Menteri dihiburkan untuk dapat kontrak lumayan -sumber Polis
Labels:
Politik
Seorang ahli perniagaan yang sedang cuba mendapatkan kontrak lumayan daripada kerajaan Pakatan Harapan didakwa menjadi dalang kepada pesta yang diserbu polis dan membawa kepada penahanan 17 individu termasuk seorang Adun Selangor dan beberapa Pegawai Khas Menteri baru-baru ini.
Memetik portal The Malaysian Insight melaporkan, ahli perniagaan terbabitlah yang membawa datang beberapa wanita serta menyediakan dadah untuk tetamu yang berkunjung ke premis berkenaan.
Seorang daripada wanita-wanita terbabit adalah pelajar sebuah kolej swasta, manakala seorang lagi warga asing.
Ahli perniagaan tersebut, kata sumber itu, juga menganjurkan sesi berjudi untuk mereka.
“Dia mahu memberi mereka peluang untuk berhibur, dengan harapan dia dan rakannya akan mendapat kontrak kerajaan yang menguntungkan,” lapor portal itu.
Dalam kejadian awal pagi 12 Jan lalu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menyerbu sebuah kondominium di Jalan Puchong, Kuala Lumpur, selepas mendapat aduan orang ramai.
Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, berkata aduan diterima kerana penduduk setempat mengadu ada bunyi bising dari kediaman berkenaan. Serbuan dilakukan kira-kira jam 4.40 pagi.
BACA: ADUN PH dan 4 Pegawai Khas Menteri ditangkap positif dadah
Katanya serbuan itu membawa kepada penahanan 17 orang - termasuk enam wanita - bagi dilakukan ujian saringan air kencing. Daripada jumlah tersebut, kata Abdul Hamid, seorang didapati negatif dan dibebaskan, manakala bakinya diambil keterangan sebelum juga dibebaskan dengan jaminan polis.
Beliau tidak mengesahkan atau mendedahkan sebarang identiti mereka kerana polis sedang menjalankan ujian saringan kali kedua, selain mengelakkan prejudis atau subjudis.
Adun Dengkil, Adhif Syan Abdullah, mendakwa berkunjung ke presmis tersebut untuk berbincang dan menafikan ditahan polis. -Tun Carlos