Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

ADUN PH dan 4 Pegawai Khas Menteri kantoi dadah, ditahan dalam "private party"


KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi, semalam.

Mereka yang berusia antara 26 hingga 53 tahun, termasuk enam wanita itu ditahan pada jam 4.45 petang di sebuah kondominium di Jalan Puchong, di sini.

Menurut sumber, penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.




Hasil siasatan lanjut, polis turut menemukan serbuk dipercayai dadah dan rokok dipercayai berisi ganja. Mereka juga didapati sedang berjudi.

Pegawai Khas Menteri yang terlibat dalam private party ini adalah:

1- Pegawai Khas Setiausaha Politik Perdana Menteri
2- Pegawai Khas Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri KDN)
3- Pegawai Khas Syed Saddiq (Menteri Belia Sukan)
4- Pegawai Khas ADUN Dengkil




6 wanita yang ada bersama mereka berusia dalam lingkungan 20an, seorang merupakan pelajar IPTS, 3 orang penganggur, sorang peniaga sendiri dan seorang lagi kerani.

Adun Dengkil yang positif dadah itu juga adalah Ketua Armada Bersatu Selangor. Penangkapan beliau juga disahkan oleh Bersatu Selangor sebentar tadi.

“Saringan awal ujian air kencing mendapati 16 daripada mereka positif,” katanya sambil menjelaskan ADUN terbabit kini direman selama tiga hari.

Dadah yang didapati oleh polis dalam saringan air kencing adalah ganja dan dadah jenis syabu dan ketamin.

BACA: Bersatu Selangor bincang dengan Muhyiddin mengenai kes parti dadah
BACA: Syed Saddiq gantung tugas pegawainya

-Tun Carlos