Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anak dikurung, bilik dipaku dengan kayu setelah pulang bekerja dari Wuhan (video viral)


Angka kematian dan jumlah individu yang dijangkiti wabak koronavirus di China semakin meningkat. Hal tersebut menimbulkan ketakutan yang teramat buat masyarakat di China dan beberapa buah negara yang lain.

Jika anda mengikuti perkembangan wabak tersebut di China , individu yang mempunyai simpton dijangkiti akan diarahkan untuk dikuarantin sehingga disahkan sembuh. Menerusi laporan portal World of Buzz, seorang lelaki yang bekerja di daerah itu, dipercayai dikurung oleh keluarganya sewaktu pulang ke rumah.

video: Keluarga tidak mahu cakap dan berada dekat




Menurut laporan, selain tidak mahu berkomunikasi, ahli keluarga lelaki tersebut tidak mahu berada berdekatan dengannya.

Lebih menyedihkan, mereka mengurungnya di dalam sebuah bilik dengan sepapan kayu. Walaupun pernah merayu untuk keluar dari bilik tersebut, ahli keluarga lelaki itu langsung tidak mempedulikannya.

Sebelum ini ada juga beberapa video viral menunjukkan orang ramai bertindak sedemikian terhadap mana-mana individu yang baru pulang dari Wuhan.




Seperti video berdurasi 1:19 saat ini, seorang wanita dilihat cuba menghalang seorang lelaki keluar dari tingkap.

Malah, cermin tingkap tersebut turut pecah sebaik sahaja wanita itu menggunakan sebuah kerusi kayu untuk menghalang lelaki tersebut dari terus keluar melalui tingkap.

Menerusi ruangan komen, netizen memberikan pandangan bahawa wanita tersebut mungkin berada dalam keadaan yang panik semasa melakukan perbuatan itu.

Namun, ada juga dalam kalangan netizen yang prihatin terhadap kebajikan lelaki itu.

BACAJumlah terkini virus Wuhan

Sumber: World Of Buzz