Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali mengumumkan satu kejayaan Kerajaan PH yang disifatnya yang pertama kali dalam sejarah Malaysia.
"Wujudnya Jambatan Angkat di Terengganu, wujudlah papan tanda (signboard) jambatan angkat pertama di Malaysia."
"Tak semua negara ada dan berani untuk buat infrastruktur ikonik seperti ini ditambah lagi dengan kejuruteraan dan teknologi berkelas tinggi."
"Projek bernilai RM248 juta ini merupakan sebahagian daripada projek ECER, yang dibuat untuk manfaat penduduk Terengganu." ujar Azmin
Untuk rekod, projek Jambatan Angkat Terengganu Kuala Nerus bermula pada Ogos 2014 ketika era Kerajaan Barisan Nasional. Projek ini siap pada tahun 2018 dan dibuka pada tahun 2019.
Jambatan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara itu mampu menghubungkan jalan terus ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).
Pembinaan yang dikelolakan di bawah inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang ditetapkan bekas Perdana Menteri DS Najib Razak pada ketika itu, bukan sahaja dapat memendekkan perjalanan dari Kuala Terengganu ke LTSM yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit tetapi juga menjadi tarikan pelancong.
-Tun Carlos