Bayi yang masih kecil pasti tidak mengerti namun jika ternampak atau terjumpa sesuatu, dia akan merasakan bahawa itu adalah barang permainan.
Perkara ini terjadi kepada seorang bayi yang berusia 12 bulan, Lucas yang telah mengutip seekor ulat gonggok dan menggigitnya.
“Dia tiba-tiba menangis dan meraung malah bibirnya mula membengkak. Lucas segera dibawa ke bilik kecemasan di hospital,” kata ibu saudaranya, Stephanie.
Menerusi posting tersebut, dia memuat naik gambar Lucas apabila bibirnya membengkak. Bayi kecil itu dalam keadaan sengsara dan bibirnya kelihatan sangat menyakitkan setelah menderita apabila menggigit ulat itu.
“Saya tidak tahu bahawa perkara ini akan terjadi kerana Lucas pernah menyentuh dengan ulat berkenaan sebelum ini. Kisah ini adalah untuk memberi pengajaran kepada ibu bapa,” kata Stephanie.
Australia mempunyai 2,000 spesies ulat gonggok dan kebanyakannya tidak berbahaya namun ia akan mengeluarkan bau toksik yang busuk apabila berasa terancam.
“Lucas telah dibenarkan pulang ke rumah dan dijaga oleh ibunya. Posting tersebut telah mendapat kebenaran daripada ibunya dan dapat menyedarkan tentang bahayanya ulat gonggok,” ujar Stephanie.
Sumber : Practical Parenting