China sudah sekat rakyatnya keluar, kenapa PH belum gantung pengecualian visa?
Semalam, kerajaan China membuat keputusan menghalang warga mereka untuk melancong ke luar negara bermula esok akibat wabak koronavirus.
Menurut bekas Perdana Menteri DS Najib Razak, langkah yang dibuat kerajaan China ini sedikit-sebanyak akan redakan kebimbangan rakyat Malaysia yang kecewa dengan langkah kurang bijak kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk tidak menggantung pengecualian visa bagi warga China.
"Jadi, apa yang masih menghalang kerajaan Malaysia untuk gantung pengecualian visa warga China bagi satu tempoh yang munasabah?"
"Kerajaan PH mahu tunggu sampai kritikal dulu?" soal bekas Perdana Menteri itu.
"Sebagai langkah interim, gantungkanlah pengecualian visa warga China yang hanya baru dilaksanakan 26 hari dahulu untuk kurangkan jumlah pelawat dan turunkan risiko."
"Ini bagi memastikan kemasukan mereka dikawal sepenuhnya dan diperiksa dengan lebih teliti terutama status kesihatan."
"Melalui penggantungan visa percuma ini, kita akan dapat pengawalan lebih baik terhadap pelancong yang akan masuk.
"Tempoh memohon Visa Ini juga akan menyekat mereka yang baru dijangkiti virus tetapi masih tidak ada tanda-tanda sakit.
"Sekurang-kurangnya, langkah untuk gantung pengecualian visa boleh legakan sedikit kebimbangan Rakyat.
"Tak perlu untuk sekat semua pelawat. Gantung saja pengecualian visa pelancong China buat sementara."
Pada bulan Disember lalu, kerajaan telah mewartakan untuk memberi pengecualian visa kepada warga negara China dan India untuk tempoh satu tahun bermula 1 Januari 2020.
Sambil kita ambil kira terhadap sektor pelancongan yang bakal terjejas jika kesemua pelancong dari negara itu disekat terus, kita juga perlu ambil kira keselamatan rakyat negara ini.
Jutaan rakyat Malaysia bergantung terhadap sektor pelancongan. Melalui penggantungan visa percuma ini, kita akan dapat pengawalan lebih baik terhadap pelancong yang akan masuk.
Tempoh memohon Visa Ini juga akan menyekat mereka yang baru dijangkiti virus (tetapi masih tidak ada tanda-tanda simptom penyakit) sehingga dapat dikesan virus itu.
Virus korona terbaru bukan seperti virus Zika
Beliau juga menyanggah dakwaan yang mengatakan Kerajaan BN dahulu sengaja membiarkan atlit negara menyertai Sukan Olimpik RIO di mana pada ketika itu wabak Zika tengah merebak.
"Adalah amat kurang bijak untuk penulis media sosial PH ini samakan langkah kerajaan PH tidak gantung pengecualian visa kepada warga China dengan langkah kerajaan BN dahulu untuk teruskan penyertaan kami di Sukan Olimpik Rio pada tahun 2016."
"Jika risiko Zika amat tinggi masa itu, kenapa pula hampir semua negara turut mengambil bahagian di Rio 2016?" soal Najib
Zika bukan lagi satu virus yang baru pada tahun 2016. Malah ianya sudah dikenalpasti sejak puluhan tahun lalu. Sebab itu, cara rawatan untuk Zika sudah ada.
"Tak sama dengan Coronavirus ini yang masih kurang difahami. Lagipun, Zika merebak melalui gigitan nyamuk."
"Kadar jangkitan Coronavirus adalah jauh lebih tinggi kerana ia boleh merebak melalui udara dan sentuhan.: ujar beliau di Facebook.
-Tun Carlos
Follow kami di Telegram untuk maklumat terkini: https://t.me/tuncarlos