Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bila Menteri sebok tukar kereta baharu



GAMBAR yang membawa seribu makna ini dirakamkan oleh seorang rakan media sosial yang tinggal di utara tanah air.

Pada kapsyen gambar tersebut bertulis dalam tulisan Mandarin yang membawa maksud lebih kurang begini:

“Pada tahun baharu, ketika menteri Kabinet sibuk bercakap tentang menukar kereta baharu, tolong jangan lupa bahawa masih ada rakyat yang terpaksa mengayuh basikal (hidup susah) begini.”




Menurut laporan Malay Mail berkaitan kontrak kenderaan yang bakal ditawarkan, kerajaan PH dikatakan ingin membeli 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri-menteri dan pegawai-pegawai tinggi. Sebanyak 3,000 Honda Accord juka akan dibeli untuk pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai lantikan politik.

Vellfire mewah untuk Menteri
Honda Accord baru untuk pegawai2 dan lantikan politik




Benar, di negara ini masih ramai rakyat yang memerlukan perhatian pihak pembuat dasar.

Golongan ini tidak pandai mengadakan demontrasi, berjumpa menteri itu dan ini. Malah hakikatnya, mereka malu meminta-minta.

Selagi terdaya, tulang empat kerat itulah yang akan digunakan untuk mencari rezeki demi memastikan perut isteri dan anak-anak terisi.




Malangnya, seperti sudah menjadi tradisi, yang tidak meminta-minta itu akan sengaja dilupakan.

Pihak menteri atau wakil rakyat, lebih tertarik untuk membantu golongan yang memberi kelebihan dalam perjalanan politik mereka. Jika ada liputan media, itu lebih segera dibantu.

Hari ini kita berada pada hari kedua tahun 2020. Tahun 2020 diharap dapat memberi sinar baharu dalam pemikiran kita sebagai rakyat Malaysia.




Buanglah sikap mengapi-apikan rakyat. Bantu mereka untuk lebih memahami tentang nilai dan erti tanggungjawab sebenarnya pada negara.

Kita semua bertanggungjawab untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bukan sahaja selamat, tetapi juga selesa untuk didiami.




Semua ini perlu bermula daripada atas – orang politik. Kerana pepatah Cina ada berkata, seekor ikan akan busuk bermula daripada kepala. Pilihan di tangan kita!

Ulasan penulis: Jika hendak jadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, Menteri juga harus berkorban. Bukan bermewah-mewah untuk menukar kenderaan baru. Kenderaan yang digunakan sekarang masih elok dan masih baru.

Sumber: Suara Merdeka