Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Budak dari Kerala mampu nyalakan mentol menggunakan tenaga dari badan


Seorang kanak-kanak di wilayah Kerala, India ini mendakwa mempunyai satu kebolehan istimewa iaitu mampu menghidupkan lampu dengan menggunakan tenaga yang dialirkan daripada badannya.

Keupayaan ini dikatakan telah membuat sekumpulan saintis di sana kagum dan masih bingung bagaimana tubuhnya mampu berbuat demikian.




Abu Thahir, 9, tiba-tiba menjadi popular gara-gara video dimana keupayaannya diperagakan menjadi tular di media sosial.

Kanak-kanak ini menemui ‘superpower’ ini secara tidak sengaja ketika bapanya Nizar Thahir, seorang juruelektrik membawa pulang beberapa buah mentol lampu LED ke rumah mereka.

Menurut Nizar, dia merasa terkejut apabila melihat mentol lampu hidup saat dipegang oleh Thahir. Dia sempat memarahi anaknya ketika itu kerana beranggapan bahawa Thahir cuba melakukan jenaka, namun dinafikan Thahir.




Sejak dari itulah, mereka sekeluarga mula menyedari kemampuan yang ada pada Thahir dan bagi Nizar sendiri, dia menganggap bahawa semua itu adalah anugerah daripada Tuhan.

Adakah benar manusia seperti Thahir boleh mempunyai kuasa elektrik sehingga mampu menghidupkan mentol lampu?

Saintis mungkin berpendapat sebaliknya. Kata Joshy K Kuriakose, apa yang ditunjukkan Thahir mungkin berlaku disebabkan tindakan kandungan garam yang tinggi ada dalam tubuhnya.




Disebabkan kandungan garam yang tinggi, badan Thair mungkin bertindak sebagai konduktor sehingga dia memiliki ‘kuasa’ tersebut.

”Manusia yang kuat berpeluh biasanya mempunyai kandungan garam yang tinggi di dalam badan. Jika terlalu tinggi, ia mungkin mencapai tahap mampu bertindak sebagai konduktor.

”Garam ini juga meningkatkan sifat konduktiviti pada kulit. Ini mungkin penjelasan yang paling munasabah untuk menerangkan kemampuan badan Thahir menghidupkan lampu,” katanya.

Menurut jurnal sains, tubuh badan manusia sendiri secara purata berupaya mengeluarkan tenaga setara dengan 100 watt.

video: