Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Cerita mengenai seorang lagenda negara



"BERJAYA MALAYSIA"

Tulisan: Tun Carlos

Setiap kali Merdeka aku selalu teringat tentang seorang Perdana Menteri (PM) kita yang dah lama tiada.

Bagi aku beliau adalah PM Malaysia yang hebat dan paling kuat bekerja dan ikhlas untuk rakyat.

Beliau jadi PM bukan untuk bagi projek dan bisnes pada kawan dan kroni. Jauh sekali untuk bagi peluang kepada syarikat anak-anak untuk menyapu tender kerajaan dan memegang saham-saham di dalam syarikat-syarikat yang besar sehingga menjadi Billionaire.

Di kediaman beliau tidak ada swimming pool untuk anak-anak sendiri bermain, apatah lagi kandang kuda.




Beliau juga banyak membantu Tunku Abdul Rahman untuk memerdekakan Malaysia. Beliau adalah orang yang penting semasa proses mendapatkan kemerdekaan dari Britain.

Peristiwa hitam pada 13 Mei 1969 juga, beliau banyak memberi peranan untuk selesaikan masalah walaupun Tunku Abdul Rahman masa itu masih PM.

Pada masa itu terjadi rusuhan kaum yang berpunca dari kebiadapan dan provokasi melampau  pengikut-pengikut parti politik berteraskan kaum Cina terhadap kaum Melayu. Ramai pemimpin-pemimpin dan penyokong mereka sekarang masih berada dalam parti DAP.

Ia adalah satu detik hitam pada negara kerana menyebabkan ramai rakyat terbunuh antara orang Melayu dan kaum Cina.




Selepas beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau terus memperkenalkan DEB (Dasar Ekonomi Baru) untuk merapatkan jurang ekonomi dan mengatasi masalah antara kaum. Pada masa itu, masalah kaum kembali pulih dan semua hidup dalam keadaan yang harmoni.

Semasa era Darurat juga, beliau lah yang paling dibenci Komunis.

Untuk melumpuhkan kebangkitan Komunis, beliau telah mengambil langkah yang sangat genius dan berani dengan pergi ke Tanah Besar China untuk berjumpa terus dengan Ketua Komunis di sana. Selepas itu, komunis Malaya berjaya dilumpuhkan.




Beliau juga adalah PM yang paling tenang dalam menjalankan tugas dan semasa menghadapi tekanan. Beliau juga adalah PM yang paling disayangi semua lapisan rakyat dan masyarakat kerana beliau sangat mesra dan rapat dengan rakyat.

Bayangkan dalam masa 1 hari beliau boleh melawat sehingga 60 buah kampung untuk mengetahui masalah mereka.

Beliau juga adalah PM yang luarbiasa hebat dan luarbiasa tenang. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab aku yakin kalau kita sendiri tahu yang kita disahkan mengidap penyakit yang boleh membunuh, dan hayat kita sudah tidak lama lagi, sudah tentu kita tak dapat fokus kepada kerja dan keluarga kita. Apatah lagi untuk melakukan kerja sebagai Perdana Menteri Malaysia?




Akhirnya beliau meninggal dunia kerana penyakit leukimia semasa rawatan di luar negara secara rahsia. Beliau merahsiakan penyakitnya daripada keluarga dan rakyat kerana beliau tak mahu rakyat bersimpati kepadanya. Hanya kawan baiknya saja yang tahu perihal penyakitnya itu.

Semasa beliau bertugas dan masih hidup, beliau juga tidak wujudkan hospital khas seperti Institut Leukimia Negara hanya untuk merawat diri sendiri semasa sakit.

Semasa hari upacara pengkebumian beliau, berpuluh-puluh ribu rakyat membanjiri Kuala Lumpur. Mereka masih tidak menyangka yang Perdana Menteri telah meninggalkan mereka. Semua orang tak kira bangsa tua dan muda datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau.




Pada masa itu, satu Malaysia menangis...

Siapa yang menyaksikan peristiwa pada masa itu dan masih lagi hidup masa sekarang sudah tentu boleh ingat detik pada waktu tersebut dan siapa yang aku maksudkan...

Ya, beliau adalah Allahyarham Tun Haji Abdul Razak. Insan yang terhebat dalam sejarah negara.

"Berjaya Malaysia" (slogan Tun Abd Razak)

Ingat, sebelum 31 Ogos 1957 negara kita telah dijajah selama 170 tahun oleh British. Bermakna hari ini kita baru saja Merdeka tak sampai 70 tahun lagi pun.




Negara kita dijajah terlalu lama dan generasi muda khasnya perlu diingatkan semula agar tidak melakukan kesilapan lagi.

Akhir kata, sayangilah tanah air kita seperti mana Tun Abdul Razak.

Al-Fatihah.

-Tun Carlos

Tun Razak disemadikan di Makan Pahlawan




Sultan Pahang mencium anak-anak Tun Razak dan mengucapkan takziah




Jenazah Tun Razak diarak di Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Negara





Suasana di luar Masjid Negara




Ribuan rakyat di Dataran Merdeka datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Tun Razak.




Ribuan rakyat menunggu kepulangan jenazah Tun Razak di Subang Airport




Jenazah Tun Razak dibawa pulang dari London dengan menggunakan pesawat MH400



Allahyarham Tun Razak bersama  Tun Rahah