Sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan online hari ini telah memohon maaf kepada netizen dan seluruh rakyat Malaysia kerana memaparkan iklan yang bertujuan menghina isteri kepada bekas Perdana Menteri,
Semalam, syarikat terbabit telah memuatnaik iklan grafik yang memaparkan gambar kartun seorang wanita yang dipercayai DS Rosmah dengan ayat "Can I advise you something" di dalam gambar iklan itu.
Posting tersebut telah mendapat ratusan kecaman daripada netizen kerana sikap yang kurang professional syarikat itu.
Hari ini Syarikat itu telah memuatnaik status memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia yang tersinggung dengan posting mereka.
Menurut kenyataan syarikat itu, mereka amat kesal dengan apa yang berlaku dan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan mereka yang terlibat dalam posting tersebut.
Posting itu telah dipadam oleh mereka. -Tun Carlos