Jika yang lebih pencapaian dipecat, akan timbulkan banyak persoalan -Dr Maza
Hari ini , Mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin telah memuat naik status di Facebook beliau yang difahamkan ia merujuk mengenai isu perberhentian jawatan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik.
Beliau yang lebih mesra dikenali sebagai Dr Maza juga sememangnya agak rapat dengan bekas Menteri Pendidikan itu.
Dalam postingnya yang penuh dengan nasihat puitis, ia boleh difahami dengan maksud berikut.
Jika semua Menteri tidak memenuhi piawaian, tapi yang lebih pencapaian pula diambil tindakan dan dipecat, ia akan menimbulkan banyak persoalan dan tuduhan.
"Jika semua yang tidak memenuhi piawaian diambil tindakan, maka itu satu kewajaran." ujarnya.
"Jika semua yang tidak memenuhi piawaian tapi diambil tindakan pada yang paling buruk pencapaian, maka itu satu langkah pentadbiran yang boleh difahami alasan. "
"Jika semua yang tidak memenuhi piawaian dibiarkan, maka itu satu tanda kebobrokan."
BACA: Maszlee Malik letak jawatan Menteri Pendidikan
"Jika semua yang tidak memenuhi piawaian, tapi diambil tindakan pada yang lebih pencapaian secara perbandingan, maka banyak persoalan, kekeliruan, sangkaan, telaah, tuduhan, pertikaian yang akan bermain di fikiran dan perasaan lalu zahir dalam pernyataan." ujar Maza.
BACA: Tahniah Maszlee kerana dapat berehat dari terus dimaki rakyat -Anina Saadudin
BACA: Lokman Adam salahkan Maszlee ganggu kroni Tun M punca dipecat
-Tun Carlos