Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kalau BN masih di Putrajaya, lebih banyak tol akan dimansuh -Najib

DS Najib ketika pembentanga Bajet 2018

Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak telah berkongsi satu video ketika beliau membentangkan Bajet 2018 kira-kira 2 tahun sudah.

Video tersebut adalah ketika Najib mengumumkan pemansuhan beberapa plaza tol.

Di dalam posting terbaru di Facebook beliau, beliau berkata jika BN masih lagi menjadi Kerajaan, lebih banyak tol yang akan beliau mansuhkan.




Baru-baru ini, Kerajaan PH telah membuat keputusan untuk melanjutkan lagi tempoh konsesi tol PLUS sehingga 20 tahun. Keputusan ini telah  menjadi perdebatan antara rakyat kerana walaupun Kerajaan  mengumumkan diskaun sebanyak 18% , rakyat masih rugi kerana terpaksa membayar lagi tol sehingga 20 tahun.

"(video)Yang terakhir saya sebagai Perdana Menteri. Ini pembentangan Bajet 2018.




"Kalau BN masih di Putrajaya, lebih banyak tol akan kita mansuh.

"Tidak mengapalah. Apa nak buat. Saya nak tolong rakyat pun tidak berdaya sekarang. Keputusan PRU14 dah macam itu."

video: