Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kemaruk makan ular berbisa punca koronavirus tersebar, itu sebab Islam melarang



ULAR berbisa spesies "many-banded krait" bermungkinan menjadi punca asalnya penularan wabak koronavirus yang membawa kepada penyakit berkaitan pernafasan yang merebak di China, sejak akhir Disember tahun lalu.

Lapor CNN, ular yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Bungarus multicinctus itu, merupakan spesies ular elapid berbisa yang sering ditemui di selatan China dan Asia Tenggara.




Spesis ular yang menjadi kegemaran penduduk Wuhan

Menurut laporan, para saintis di China telah mengambil sampel koronavirus itu daripada pesakit dan telah menentukan kod genetik virus itu menggunakan mikroskop.

Malah, media tempatan di China melaporkan bahawa virus itu merupakan jenis koronavirus yang baharu dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakan virus baharu itu dengan nama, 2019-nCoV.




Selain itu, para saintis juga telah menganalisis kod protein virus itu dan membandingkannya dengan beberapa kod protein haiwan lain seperti burung, ular, landak dan kelawar.

Penemuan kemudian mendapati bahawa kod protein pada 2019-nCoV (jenis koronavirus terkini) adalah paling serupa dengan yang ditemukan dalam badan ular.




Lebih mengejutkan, laporan juga mendapati bahawa ular terbabit sering dijual di pasaran tempatan sebagai makanan eksotik di Wuhan, sekali gus mengaitkannya sebagai punca wabak itu bermula.

Penularan penyakit berkenaan mula dilaporkan pada akhir bulan Disember tahun lepas di Wuhan, dan beberapa kes dilaporkan merebak pantas di China.




Koronavirus telah tersebar ke bandar-bandar lain di China, dengan Beijing dan Shanghai mengesahkan kes pertama mereka pada Isnin.

Kes yang sama turut dikesan di wilayah selatan Guangdong. -Awani