Kemungkinan virus terbaru ini lebih cepat berjangkit berbanding SARS -Pakar
HONG KONG: Virus terbaru koronavirus ini kemungkinan lebih kuat berjangkit berbanding virus SARS yang melanda dunia satu ketika dulu.
Penularan wabak yang luar biasa telah berlaku, jika tidak sudah tentu jumlah mangsa yang dijangkiti tidak sebanyak sekarang.
Menurut Yuen Kwok-yung, seorang pakar Wabak Berjangkit, Hong Kong berkata sekarang wabak itu sudah mampu berjangkit dari manusia kemanusia samada di antara ahli keluarga dan juga di hospital.
"Kita dapati ada kanak-kanak yang mengidap pnuemonia, tapi tiada langsung simptom demam ataupun batuk. Bermakna agak sukar untuk mengesan samada dia dijangkiti novel koronavirus ini. Oleh itu untuk mengawal masalah ini akan menjadi lebih sukar." ujarnya.
"Bila kita mendapati satu kes positif yang tiada langsung kaitan dengan penduduk di Wuhan, itu bermakna rangkaian virus ini sudah meluas, dan perkara ini amat membimbangkan."
"Sesiapa sahaja yang berada di luar rumah, di dalam public transport atau di tempat kerja, anda harus memakai mask, selalu bersihkan tangan, dan jangan menghampiri kawasan hospital jika tiada apa-apa tujuan penting."
"Begitu juga kepada pekerja kesihatan samada doktor dan jururawat, mereka harus mengikut prosedur yang sepatutnya dalam merawat mangsa yang dijangkiti."
"Saya mahu nasihatkan kepada semua pihak supaya jangan terlalu memandang ringan dan ambil mudah mengenai wabak baru ini, kita perlu tanganinya dengan sangat serius."
"Jika anda membuat keputusan yang salah di peringkat sekarang ini, apa yang berlaku di Wuhan akan terjadi di tempat anda." ujarnya dalam temubual bersama TIME.
-Tun Carlos
BACA: Saintis ramal lebih 190,000 orang akan dijangkiti koronavirus pada awal Februari