Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dilaporkan, kerajaan belum sediakan mesin imbas suhu di Kompleks Imigresen JB



KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan KKM akan berbincang untuk memohon peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan untuk berdepan coronavirus, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Buat masa ini, kerajaan masih belum menyediakan mesin pengimbas suhu di Komples Kastam, Imigresen dan Kuarantin Johor Bharu dan juga di Lebuhraya Link ke-2.




Menurut beliau, antara lain KKM menimbang untuk menambah jumlah pengimbas suhu di pintu masuk dan keluar utama sebagai salah satu langkah mengesan mereka yang tiba di Malaysia, yang sudah menunjuk tanda-tanda dijangkiti virus itu.

"Seperti yang anda tahu pengimbas ini sangat penting. Walaupun mereka yang dijangkiti masih boleh lepas kerana ia asimptomatik (tidak menunjukkan simptom).




"Setakat ini kita ada 51 pengimbas yang berfungsi dengan baik," ujar Dzulkefly seperti yang dipetik MalaysiaKini.

"Maka ini sebabnya mengapa saya sudah minta daripada Kementerian Kewangan, bahawa untuk berdepan krisis ini, saya akan (memohon) lebih peruntukan untuk menangani (coronavirus) dan meningkatkan kemampuan dan peralatan kita," katanya ketika sidang media selepas menghadiri acara rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Hokkien Klang sebentar tadi.




Tidak ada mesin pengimbas suhu di Kompleks Kastam Johor dan Second Link

Memetik daripada laporan MalaysiaKini, semalam Exco Pelancongan Negeri Johor, Liow Cai Tung mendedahkan bahawa masih tiada mesin pengimbas suhu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru dan Lebuhraya Link Kedua.

Kesemua empat kes jangkitan coronavirus yang disahkan semalam melibatkan warga China yang masuk ke Malaysia melalui Singapura.

Menurut Dzulkefly, perihal mesin pengimbas suhu itu akan dibincangkan dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara yang akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Putrajaya hari ini.

BACA: Video kehidupan penduduk di Wuhan ketika mereka dikuarantin

-Tun Carlos

Follow kami di Telegram untuk maklumat terkini: https://t.me/tuncarlos