Kerajaan PH sama seperti kelapa sawit, ambil masa 5 tahun untuk berbuah -Shafie Apdal
KIMANIS: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan diterajui WARISAN dan PH tidak harus dinilai dengan membandingkan UMNO dan BN yang memerintah selama 60 tahun.
Jelasnya, sebagai kerajaan yang baru berusia setahun sembilan bulan, belum banyak hasil dapat dilihat, sama seperti kelapa sawit yang baru ditanam mengambil masa sehingga lima tahun untuk berbuah.
Mohd Shafie bagaimanapun mengingatkan PRK itu bukan tempat untuk mencaci kerana beliau sendiri mengakui pernah berada dalam UMNO sehingga menjawat jawatan Naib Presiden dan menjadi menteri di pelbagai kementerian.
Sementara itu, katanya, Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyerahkan kepada WARISAN dan PH Sabah untuk menentukan kejayaan PRK Kimanis.
“Kita ubah, bukan kita takut mereka (BN-UMNO-PAS) datang. Saya tahu mereka akan cakap pasal Pas Sementara Sabah (PSS), pendatang asing tanpa izin (PATI) dan saya ini presiden PATI.
“Saya nak bagi tahu, bapa, nenek saya kubur dia di Semporna bukan di Filipina, bukan di Indonesia atau di Jepun tapi orang cakap saya PATI.
"Tapi tidak apa, saya serahkan saja kepada Allah,” katanya pada hari pelancaran jentera WARISAN untuk PRK Kimanis.
-Tun Carlos