Kes SRC: Najib baru tahu tandatangannya dipalsukan, tapi pihak pendakwaan tak puas hati
Perbicaraan yang memasuki hari ke-66 ini menandakan permulaan kepada sekurang-kurangnya lima prosiding jenayah yang akan dihadapi Najib Razak sepanjang 2020.
Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, menyambung soal balas ke atas Najib yang kini dibicarakan atas dakwaan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram wang SRC sebanyak RM42 juta.
Najib dibicarakan di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Hari ini, permohonan dibuat Sithambaram mencetuskan suasana tegang di antara timbalan pendakwa raya itu dengan ketua pembelaan Najib.
Mendengar permohonan Sithambaram itu, Shafee meminta perbicaraan ditangguhkan selama satu jam untuk membolehkan pihak pembelaan menyediakan hujah mengapa tindakan ke atas Najib pada waktu ini dianggap bercanggah dengan undang-undang.
Kedua-dua peguam terbabit kemudian saling berbalas hujah. Antara lain, Shafee berkata Najib sudah memberikan penjelasan mengapa beliau kini ragu-ragu mengenai kesahihan tandatangam pada dokumen yang dikemukakan kepada mahkamah sebelum ini.
Sithambaram bagaimanapun membalas, pihak pendakwaan hanya meminta mahkamah melihat keterangan Najib dan memutuskan sama ada mahu mengambil tindakan ke atas Najib atau sebaliknya.
Pihak pendakwaan cuba memohon “impeachment” kepada Najib kononnya memberi keterangan yang kontradik ketika soal siasat bersama SPRM dengan kenyataan beliau di mahkamah.
Perkara ini dibantah oleh TS Shafee kerana menurut beliau permohonan impeachment ini tidak masuk akal kerana Najib telah memberi keterangan kepada pihak pendakwa mengapa kenyataan beliau berbeza ketika disoal siasat SPRM.
Najib secara konsisten memberitahu mahkamah sebelum ini bahawa “tandatangan tersebut kelihatan seperti tandatangan beliau”.
Semasa soal jawab dengan SPRM, Najib ditunjukkan dokumen salinan dengan tandatangan beliau, dan pada ketika itu beliau mengakui itu tandatangan beliau.
Beliau tidak pernah ditunjukkan dokumen asal oleh pihak SPRM dan tidak pernah dijelaskan tujuan dokumen itu ditunjukkan kepada beliau sehinggalah ianya dijadikan bukti di mahkamah.
Berdasarkan hal itu, beliau mempunyai sebab untuk meragui dan menganggap bahawa tandatangan beliau telah dipalsukan.
Hakim Mohd Nazlan menerima permohonan agar Najib dibicarakan (impeachment) kerana memberikan keterangan bercanggah semasa memberi kenyataan kepada mahkamah dan SPRM.
"Selepas melihat kepada hujah-hujah yang diberikan, saya mendapat permohonan pihak pendakwaan untik memulakan proses impeachment ke atas tertuduh berhubung dakwaan percanggahan dalam kenyataan tambahan saksi dan kenyataan diberikan kepada SPRM bukan tanpa merit," kata hakim itu.
Menurut beliau mahkamah mahkamah akan ditunjukkan mengenai kenyataan yang didakwa mengandungi percanggahan berkenaan dan bagaimana perkara itu akan berjalan.
Sebelum itu menurut Shafee, pihak pendakwaan membuat permohonan tersebut baru hari ini, iaitu sehari sebelum mahkamah tinggi mendengar permohonan tertuduh mendapatkan pakar tulisan tangan bagi meneliti tandatangan yang dirujuk pada dokumen penting SRC.
"Ada kekurangan bona fide (niat baik) dalam permohonan menjelang perbicaraan untuk mendengar permohonan (Najib) esok agar pakar melihat pelbagai dokumen berkaitan tandatangan (Najib).
"Saya memberi amaran kepada pihak sana (pendakwaan) bahawa ini pasti menggiatkan lagi permohonan kami esok," katanya.
-Tun Carlos