Kes SRC: Najib kongsi isu tandatangan dan apa yang sedang berlaku di perbicaraan hari ini.
ULASAN: Sesiapa yang tidak mengikuti kes SRC saya dengan teliti dan hanya membaca tajuk berita terpilih oleh media mungkin tertanya-tanya kenapa saya kini mempertikaikan beberapa dokumen yang didakwa ada tandatangan saya walaupun sebelum ini saya pernah kata itu mungkin tandatangan saya.
(Sebab itu, saya minta buat "live streaming" untuk perbicaraan saya tapi kerajaan PH tak benarkan)
Keadaan ini berlaku apabila pihak pendakwaan mengemukan dokumen-dokumen bank kepada mahkamah sebagai bukti kes.
Pada mulanya, saksi Datuk Suboh mengesah kesahihan dokumen-dokumen tersebut serta mengaku bahawa ianya tandatangan beliau dalamnya.
Lalu, peguam saya berjaya membuktikan dalam mahkamah bahawa tandatangan saksi Datuk Suboh dalam 17 dokumen bank telah dipalsukan.
Akhirnya Datuk Suboh yang merupakan bekas pengarah SRC mengaku dalam mahkamah bahawa tandatangan dia telah dipalsukan.
"1 Jul 2019: Nik Faisal mungkin telah palsukan tandatangan saya - Datuk Suboh"
http://bernama.com/bm/news.php?id=1741222
17 dokumen ini bukan sebarang dokumen biasa tetapi ianya adalah surat arahan yang telah diterima oleh bank untuk memindah dana SRC bernilai puluhan juta ringgit.
Bayangkan 17 surat arahan dengan tandatangan palsu pun telah diterima oleh bank dan dimasukkan sebagai bukti rasmi kes!
Ada NGO yang telah membuat laporan polis kenapa SPRM kemukakan dokumen-dokumen palsu kepada mahkamah dan tidak membuat laporan polis bahawa dokumen pindahan bank telah dipalsukan.
Tetapi seperti biasa, laporan ini telah tenggelam walaupun dakwaan itu serious.
"6 Julai 2019: NGO lapor polis dokumen bertandatangan palsu dalam kes Najib"
https://www.malaysiakini.com/news/482728
Kerana ini, kita mula ragu dengan salinan dokumen-dokumen yang telah diberi kepada kita untuk pembelaan saya.
Setiap hari dalam tempoh saya PM, menteri kewangan, presiden BN dan pengerusi/pengarah pelbagai syarikat GLC seperti Khazanah dan PETRONAS, saya akan tandatangan sekurang-kurangnya 100 dokumen sehari.
Dalam tempoh 9 tahun itu, saya mungkin telah tandatangan 400,000 dokumen.
Oleh itu, peguam saya meminta bank memberi dokumen-dokumen asal akaun saya untuk diteliti tetapi kita diberitahu bahawa SPRM telah memberi arahan kepada bank untuk menghalang kita.
Kita terpaksa memohon kepada mahkamah kerana adalah tidak adil untuk mendakwa saya menerima dana haram dalam akaun saya tetapi tidak membenarkan peguam saya mendapat akses kepada butiran transaksi serta dokumen berhubung dengan akaun saya.
Permohonan kita akhirnya dibenarkan oleh hakim.
"23 Julai 2019: Mahkamah benar permohonan Najib akses dokumen bank"
https://www.sinarharian.com.my/…/Mahkamah-benar-permohonan-…
Selepas menyemak dokumen-dokumen mengandungi tandatangan saya yang diberi oleh pendakwa raya kepada kita, kita juga ragu bahawa ada beberapa dokumen yang tidak mungkin saya telah tandatangan kerana pada tarikh tersebut saya ada diluar negara.
Kita juga mendapati bukti bahawa ada dokumen yang kononnya mengandungi tandatangan saya dihantar kepada bank selepas 3 minit sahaja setelah diminta oleh bank.
Sebab itu, peguam dan saya berpendapat bahawa kita perlu pakar untuk mengesahkan dokumen-dokumen yang didakwa ada tandatangan saya dan kita telah memohon kepada mahkamah.
sumber: FB Najib Razak