Kegiatan pihak tersebut dikesan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kedah yang dilakukan di Pulau Pinang.
Pengarahnya, Mohammed Nazer Mustafa berkata, cara penghasilannya adalah dengan mencelup daun ketum ke dalam tepung dan kemudian digoreng hingga rangup sebelum dimakan seperti snek.
Dalam pada itu, beliau meluahkan rasa bimbang jika kaedah itu akan merebak ke Kedah yang merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman ketum terbesar di negara ini.
“Mereka mungkin nak uji kaji terlebih dahulu untuk mengetahui sama ada terdapat permintaan tinggi atau tidak,” katanya.
Nampak sedap la pulak.. |
Malah, beliau turut menggesa kerajaan agar segera meletakkan bahan ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membolehkan tindakan diambil terhadap individu yang menanam pokok ketum.
Untuk rekod, kini terdapat 81 pengusaha ketum di Kedah. Kesalahan penyalahgunaan ketum di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 memperuntukkan denda maksimum RM10,000, atau penjara maksimum empat tahun.
Sumber: Vitdaily