Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

KIMANIS: Shafie janji akan beritahu Guan Eng untuk tambah peruntukan Sabah

gambar kredit: MalaysiaKini
KIMANIS |  Berucap ketika kempen pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata beliau sebenarnya tidak berpuas hati dengan peruntukan untuk negeri Sabah oleh Kerajaan Persekutuan.

Walaupun sebelum ini Shafie tidak pernah ungkit mengenai perkara ini di media, tetapi di kempen PRK Kimanis, beliau terpaksa mendedahkan perkara ini kepada pengundi di situ bagi meyakinkan mereka bahawa beliau boleh minta lebih lagi daripada Kerajaan Pusat.




Shafie berkata beliau tetap tidak berpuas hati dengan peruntukan khas berjumlah RM52 juta yang akan diterima oleh Sabah di bawah Belanjawan 2020 yang diumumkan Menteri Kewangan.

"Saya beritahu Tun M, saya setuju ambil duit (peruntukan) RM52 juta, sebab saya tidak ada duit. Tapi saya mahu supaya kaedah ni kita akan review (kaji semula).




"Ia lebih daripada itu, tapi ini permulaan, sudah ada termaktub dalam perjanjian MA63 (Perjanjian Malaysia 1963), tidak pernah dalam sejarah perkara seumpama ni berubah," kata Presiden Warisan itu ketika melancarkan cawangan baru Warisan di Kampung Kimanis.

Shafie berkata beliau juga memberitahu Menteri Kewangan Lim Guan Eng untuk mengkaji semula kaedah peruntukan memandangkan Sabah mendapat hasil pelancongan ketiga terbesar di Malaysia. -Tun Carlos