Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Koronavirus: Apa status 180 pelancong dari China di Langkawi sejak 17 Januari?


LANGKAWI, pihak Kerajaan Negeri Kedah masih lagi belum memberi apa-apa kenyataan rasmi mengenai status beratus-ratus pelancong yang datang direct dari Nanjing, China.

Satu tangkap layar Facebook Page milik Langkawi Developement Authority (LADA) telah tular sehingga kini menjadi kebimbangan seluruh rakyat Malaysia.






Masih belum pasti samada pelancong-pelancong dari China tersebut masih berada di Langkawi ataupun sudah pulang ke Nanjing.

Mengikut kenyataan LADA, seramai 180 orang telah tiba pada 17 Januari yang lalu manakala lebih ramai lagi yang dijangka sudah tiba setelah 20 penerbangan direct pergi balik Langkawi-Nanjing.




Kedudukan daerah Nanjing dan Wuhan

Apa yang lebih merisaukan, daerah Nanjing terletak berdekatan dengan daerah Wuhan di mana setakat sekarang sudah ramai dilaporkan sudah dijangkiti virus tersebut di sana.

Hingga kini kematian akibat virus koronavirus ini sudah dilaporkan melebihi jumlah 50 orang.





Pihak Kerajaan Negeri Kedah dan Kementerian Kesihatan harus segera memberi laporan mengenai  beratus-ratus pelancong yang berada di Langkawi kerana virus ini sudah menular sejak Disember 2019.

Apa yang membimbangkan, kebanyakkan mangsa yang dijangkiti langsung tidak menunjukkan simptom-simptom seperti demam, batuk atau selsema ketika awal dijangkiti.




Begitu juga seperti kes di Singapura baru-baru ini ketika hanya seorang pelancong China disahkan dijangkiti tetapi 8 orang teman seperjalanan didapati negatif sehingga telah terlepas masuk sehingga ke Johor.

Hari ini 3 orang daripada mereka telah disahkan positif dijangkiti koronavirus dan kini berada di Hospital Sungai Buloh.

-Tun Carlos

Follow kami di Telegram untuk maklumat terkini: https://t.me/tuncarlos