SEBUAH hospital yang boleh menempatkan 1,000 katil dibina bagi memudahkan rawatan koronovirus di kawasan wabak di Wuhan.
Hospital itu yang dijangka siap Isnin depan, giat dibina dan mesin serta peralatan pembinaan sudah berada di lokasi sejak semalam.
Pekerja-pekerja terpaksa mengorbankan cuti perayaan Chinese New Year demi menyiapkan hospital tersebut.
“Pembinaan itu akan menampung kekurangan katil di hospital tempatan dan akan dibina secara 'pasang siap' kerana lebih cepat dibina dengan kos yang lebih rendah,” katanya.
Pembinaan hospital itu akan menggunakan model sama seperti yang dibina di Beijing ketika wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) merebak hingga jadi bencana pada 2003.
Jika hospital ini boleh siap dalam masa yang ditetapkan, ia akan menjadi hospital yang paling cepat pembinaannya dalam sejarah.
SARS mengorbankan 774 orang dan menular ke 30 negara seluruh dunia pada ketika itu.