Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Koronavirus: Putrajaya gantung sementara kemudahan VISA untuk warga Wuhan dan Hubei


PUTRAJAYA: Kerajaan telah membuat keputusan untuk menghentikan kemudahan Visa untuk pelancong dari daerah Wuhan dan juga sekeliling Wilayah Hubei sahaja.

Setakat ini masih belum ada keputusan untuk menghentikan kemudahan VISA untuk seluruh warga negara China.

Berikut adalah kenyataan media dari Pejabat Perdana Menteri:









Berikutan dari pengumuman ini, bekas Perdana Menteri DS Najib Razak telah memberikan respon pantas mengenai tindakan Putrajaya.

Beliau mempersoal kenapa hanya sekat kemudahan VISA untuk warga dari Wuhan dan Hubei sahaja.


"Kerajaan PH telah membuat separuh U-Turn seperti apa yang saya seru dua hari dahulu."ujarnya di Facebook.

"Mereka umum kerajaan telah gantungkan pengecualian visa dan Visa on Arrival untuk warga China dari Wuhan dan wilayah Hubei sahaja."




"Tapi Datuk Bandar Wuhan mengaku semalam bahawa 5 juta penduduk Wuhan telah berjaya keluar dari bandar itu sebelum sekatan yang dikenakan oleh kerajaan China bermula."

https://www.scmp.com/news/china/society/article/3047720/chinese-premier-li-keqiang-head-coronavirus-crisis-team-outbreak

"Adalah lebih selamat jika kita gantung pengecualian visa untuk semua warga China buat sementara waktu - bukan hanya untuk penduduk Wuhan dan Hubei sahaja."ujar Najib serius.

BACA: 5 juta orang terlepas keluar dari Wuhan sebelum arahan pengurungan

-Tun Carlos