Koronavirus: Saintis ramal lebih 190,000 orang akan dijangkiti pada awal Februari
Keadaan sesak di hospital daerah Wuhan, Hubei China |
Seorang Saintis atau Pakar Epidemiologist dari Amerika Syarikat iaitu Dr. Eric Feigl-Ding telah mendapati bahawa kadar serangan koronavirus yang baru ini adalah lebih tinggi daripada serangan SARS, H1N1 dan juga mana-mana wabak flu sebelum ini.
Mengikut kadar "asas pembiakan jangkitan" (RO) bagi setiap kes wabak sebelum ini adalah:
RO bagi selsema bermusim = 1.28
RO bagi H1N1 pada 2009 = 1.48
RO bagi Spanish Flu (tahun 1918) = 1.80
RO bagi virus Wuhan (terkini) = 3.8
Ya, kadar serangan koronavirus yang terbaru ini dalah setinggi 3.8 ! Lebih 2.5 kali ganda dari wabak H1N1.
rujukan: link rujukan mengenai kadar RO
Lihatlah realiti betapa buruknya keadaan sekarang. Menurut Dr Eric, tahap kepantasan pembiakan ataupun penularan wabak ini berada di tahap seperti ledakan nuklear yang belum pernah dilihat sebelum ini.
Untuk makluman, virus ini dikenali juga sebagai:
- virus 2019-nCoV
- virus Wuhan
- novel koronavirus
Dr. Eric Feigl-Ding |
Pada awal penularan wabak iaitu pada Disember 2019, Dr. Eric dan pasukannya telah meramalkan bahawa sekurangnya-kurangnya 9,217 hingga 14,245 orang akan disahkan dijangkiti di Wuhan.
Akhirnya, pada 21 Januari 2020 baru-baru ini sejumlah 11,341 orang telah dijangkiti di Wuhan. Ini bermakna anggaran dan kiraan Dr. Eric ini adalah tepat.
(perasan tak angka 11,341 orang yang dijangkiti ini berbeza sekali dengan angka yang diumumkan di dalam media? Terpulang kepada anda samada mahu percaya kepada saintis ataupun media)
Sekiranya wabak itu terus berlarutan di Wuhan, mereka meramalkan bilangan penduduk yang dijangkiti akan lebih besar pada 4 Februari 2020 iaitu sebanyak 191,529 jangkitan; (ikut ramalan, 132,751- 273,649 orang).
Jangkitan ini akan menular di bandar-bandar China yang lain.
Sekatan perjalanan dari dan ke bandar Wuhan mungkin tidak berkesan untuk menghentikan penularan wabak ke seluruh China.
Katakan jika 99% perjalanan dapat disekat, saiz wabak di luar Wuhan hanya boleh dikurangkan sebanyak 24.9% pada 4 Februari.
Dengan ini, ia menunjukakan bahawa terbukti pembiakan virus 2019-nCoV ini adalah lebih cepat dan tinggi berbanding dengan coronavirus jenis lain.
Ini menunjukkan kepada kita bahawa pembendungan atau kawalan untuk virus ini mungkin lebih sukar. Ia tidak boleh dihentikan dengan hanya membendung sahaja.
Walaupun 99% orang dikuarantin di Wuhan, ia tidak akan mengurangkan penyebaran wabak walaupun 1/3 dari 191,529 orang yang diramal akan dijangkiti dalam masa 2 minggu akan datang.
Oleh itu, dengan rasa dukacita, Dr. Eric dengan berat hatinya terpaksa mengakui bahawa kita semua akan menyaksikan penularan wabak yang tidak terkawal yang belum pernah dilihat sejak kes Spanish Flu pada tahun 1918 dahulu di mana lebih 500 juta orang telah dijangkiti dari tahun 1918 hingga 1919.
Daripada 500juta orang yang dijangkiti Spanish Flu itu, kira-kira 50 juta hingga 100 juta orang telah meninggal dunia di serata Eropah dan seluruh dunia.
Kematian akibat Spanish Flu itu bersamaan 3% hingga 5% populasi penduduk di bumi..
Askar-askar dari Fort Riley, Kansas dijangkiti Spanish flu dikuarantin ni wad Camp Funston, tahun 1918 |
Mari kita berharap koronavirus terbaru ini tidak mencapai tahap seperti itu, tetapi apa yag membimbangkan sekarang kita hidup di dunia moden yang mempunyai kapal terbang, keretapi, kereta dan pelbagai kenderaan yang bergerak dengan lebih cepat berbanding tahun 1918 dulu.
Oleh itu menurut Dr Eric, pihak Organisasi Kesihatan Sedunia WHO perlu mengisytiharkan kecemasan global dengan SEGERA.
Mari kita berpura-pura anggaran RO sebanyak 3.8 untuk virus Wuhan terlalu tinggi (terdapat anggaran yang tidak diterbitkan sebanyak 2.5).
Walaupun kadar RO virus ini bersamaan 2.5, ia masih lagi dua kali lebih tinggi daripada 1.28 selesema bermusim (rujukan di atas), dan lebih tinggi daripada 1918 Spanish FLu 1.80.
Jadi, kadar RO sebanyak 2.8 masih lagi amat merbahaya.
Apapun mari kita berdoa supaya setiap kerajaan di mana-mana negara mengambil langkah yang betul dan tepat demi keselamatan dan nyawa orang ramai.
rujukan: twitter Dr. Eric
Bagi sesetengah orang yang berfikir bahawa artikel ini sengaja untuk menimbulkan ketakutan, Dr. Eric Feigl-Ding adalah seorang saintis yang terlatih di Harvard dengan Phd dalam epidemiologi dan beliau juga graduan kedoktoran yang paling muda dari Harvard SPH.
oleh: Tun Carlos
BACA: Kemungkinan virus Wuhan lebih cepat berjangkit berbanding SARS
BACA: Video kehidupan penduduk di Wuhan ketika mereka dikuarantin
Follow kami di Telegram untuk maklumat terkini: https://t.me/tuncarlos
video:
Ramai orang awam di Wuhan tumbang secara
tiba-tiba dipercayai dijangkiti virus ini
Ramai orang awam di Wuhan tumbang secara
tiba-tiba dipercayai dijangkiti virus ini