Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Koronavirus: Kematian pertama dilaporkan di Shanghai



SHANGHAI: Virus Wuhan dilaporkan telah membunuh seorang lelaki di sini. Kes ini merupakan kematian yang pertama dilaporkan di Shanghai.

Mangsa adalah seorang lelaki tua yang berumur 88 tahun yang sebelum ini ada juga mengalami masalah kesihatan yang lain.




Mengikut kenyataan pihak berkuasa Shanghai, sebanyak 40 kes jangkitan telah disahkan di bandar tersebut. Semua tempat peranginan telah ditutup termasuk Shanghai Disneyland.

Manakala pihak berkuasa di wilayah Hubei melaporkan 13 lagi kematian dan pertambahan 323 kes baru. Jumlah kematian yang disahkan daripada wabak virus kini telah melebihi 50 orang.




Presiden China, Xi Jinping telah memberi amaran pada Sabtu bahawa negara tersebut sedang menghadapi "situasi yang serius" hinggakan beliau melarang sambutan Chinese New Year di seluruh negara itu.

sumber: AFP

BACA: Video kehidupan penduduk di Wuhan ketika mereka dikuarantin