Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kumpulan samseng hampir dicederakan Papagomo di Lapangan Terbang KKIA



KOTA KINABALU: Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga dikenali dengan panggilan Papagomo dikepung sekumpulan samseng di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Terdahulu Papagomo mencetuskan kemarahan penyokong parti Warisan selepas beliau mengoyakkan gambar Presiden Warisan, Shafie Apdal dalam satu demonstrasi jalanan di Kimanis 2 hari lepas.




Papagomo berada di Sabah bagi membantu calon Umno dan Barisan Nasional (BN) Mohamad Alamin dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis.

Menurut jurugambar FMT Mohamed Rabbani Jamian yang berada di tempat kejadian, kira-kira 20 orang lelaki menghampiri Papagomo untuk menyerangnya.




Mereka hanya berpakaian biasa. Papagomo bersama kira-kira 10 kawannya ketika itu berada di kaunter masuk Malindo Air.

Kumpulan samseng yang menyerangnya saling mengeluarkan kata-kata kesat dan seorang dilihat menunjuk ke arah Papagomo dan memanggilnya ‘anjing kurap’.




Papagomo juga dilihat cuba melawan balas ketika dia tiba-tiba diserang oleh salah seorang lelaki berbaju merah dari arah belakang. Tetapi Papagomo dihalang oleh mereka yang berhampiran kerana risau Papagomo yang bertubuh besar itu akan mencederakan penyerangnya semula.

Polis dilihat bergegas ke tempat kejadian sewaktu Papagomo ditarik ke pintu pelepasan supaya jauh dari kumpulan samseng tersebut. Papagomo dilihat tenang tetapi samseng yang menyerangnya terjerit-jerit dalam bahasa Sabah.

Papagomo dan rakan-rakan selepas melepasi pintu pelepasan KKIA


Selepas Papagomo dan rakan-rakan melepasi pintu pelepasan, mereka menyanyikan lagu "Terima Kasih Sabah" beramai-ramai sebagai sindiran kepada samseng-samseng yang tiba-tiba datang menyerangnya.




Perbuatan samseng-samseng itu ternyata boleh mencemarkan nama baik dan juga menyebabkan negeri Sabah khususnya mendapat malu kerana kejadian itu telah dilihat oleh pelbagai pelancong dari dalam dan luar negara.

Papagomo belum lagi membuat kenyataan samada mahu melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa atau tidak.

Barisan Nasional telah menang bergaya di PRK Kimanis di mana calon BN dapat meraih lebih 12,706 undi berbanding calon Warisan hanya 10,667 undi sahaja.

BACAJangan salahkan orang Sabah, yang pukul saya bukan Anak Sabah -Papagomo


video: