KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Mohd Khalil Kader melaporkan bahawa pihak polis masih menunggu ujian patologi berhubung sampel air kencing yang diperoleh dari tangkapan kes dadah di sebuah kondominium di Puchong pada 12 Januari yang lalu.a
"Kami masih menunggu laporan." jawab Mohd Khalil ketika ditanya mengenai status Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah yang merupakan antara individu yang terlibat dalam kes tersebut.
"Siasatan masih dijalankan. Kami masih menunggu laporan patologis. Kami akan mengambil tindakan sewajarnya selepas menerima laporan itu," katanya kepada wartawan hari ini.
Semasa serbuan itu, seramai 17 orang termasuk 6 orang wanita ditangkap.
-Tun Carlos