Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

LARANGAN kempen "Utamakan Produk Muslim" di surau dan masjid sekitar Negeri Perak




PERAK: Satu surat telah diterima oleh semua Pengerusi jawatankuasa kariah Masjid seluruh Perak bagi melarang semua aktiviti mempromosi dan kempen "Utamakan Produk Muslim" ataupun "Buy Muslim First" (BMF).

Surat itu dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak yang bertarikh pada 6 Disember 2019 yang lalu.




Pihak jawatankuasa masjid tidak boleh membenarkan segala aktiviti, program, promosi atau kempen bagi maksud kempen BMF tanpa mendapat kebenaran oleh Majlis Perbandaran dahulu.

Pihak Jabatan Agama Islam Perak tidak memberi apa-apa alasan kenapa kempen utamakan produk muslim itu dilarang di dalam kawasan Masjid dan surau yang digunakan oleh orang Islam.