Sempena tahun 2020, ramai netizen telah troll Kerajaan PH. Pelbagai gambar yang mencuitkan hati dan juga video-video telah dihasilkan oleh netizen.
Seorang pengguna Facebook, Hairun Ashrie juga tidak ketinggalan telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan dirinya mengambil anaknya di taska menggunakan kereta terbang.
Posting beliau telah mendapat lebih 20ribu sukaan dan 26ribu kongsian.! Nampak seperti gambar sebenar, tetapi ia telah diedit beliau dengan cukup teliti dan kemas.
Berikut adalah posting beliau di Facebook:
"Hari ni pergi ambil anak dekat taska 16 minit je memandangkan hanya 2 3 biji kereta saja kat atas ni. Memang abam puas hati la tak payah hadap jem.
"Cuma 1 je, nak mendarat susah takut mendarat atas kereta orang dengan nak mengelak tiang elektrik lagi. Please do something kerajaan PH."
Fenomena kereta terbang ini adalah berikutan dari rasa tidak puas hati rakyat kepada Kerajaan baru iaitu Kerajaan Pakatan Harapan yang cakap tak serupa bikin dan juga kepada seorang Menteri yang begitu obses untuk mencipta kereta terbang pertama negara.
Dan di bawah ini adalah gambar asal.
Hebat bukan skill editing beliau?
-Tun Carlos