Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lihat sendiri keadaan doktor-doktor di hospital Wuhan!



Seperti yang semua sedia maklum, hospital dekat Wuhan China sekarang memang penuh dengan ramai pesakit dijangkiti dengan coronavirus yang pantas menular baru-baru ni.

Disebabkan hal tersebut, ramai doktor terpaksa bekerja non-stop 24 jam sehingga ada yang overworked sampai nak ke tandas pun tak sempat.

Menurut WORLD OF BUZZ, oleh kerana tak cukup rehat dan sering berjaga kerana kena menjaga pesakit yang sakit, doktor-doktor ini dilihat tidur atau berehat di mana-mana saja mereka boleh termasuklah atas lantai dan kerusi.





Gambar yang dikongsikan netizen daripada laman Weibo ini menunjukkan beberapa orang staf medik di sebuah hospital dekat China yang tidur atas lantai dan kerusi kerana mereka punya masa yang sedikit untuk berehat.

Ternyata wabak koronavirus terbaru ini lebih merbahaya dan tak sama langsung dengan wabak denggi. Wabak denggi, doktor-doktor takde la sampai macam ni.

Di China mereka sekarang dianggap sebagai hero. Malah CCTV News dari China juga sempat repost gambar tersebut dan menulis kapsyen, “Mereka bekerja keras untuk kita! Mereka melawan virus, salute!“.





“Kepada mereka yang complain bosan duduk di rumah, lihat doktor-doktor ni. Mereka tidak boleh pulang ke rumah. Mereka juga tak boleh tidur di atas katil. Manakala kita pula, hidup dengan selesa. Hargailah.” ujar netizen di sana.

Apapun doktor-doktor ni sedang mengalami detik yang sukar dalam hidup dan sebaiknya mereka perlu diberi  penghormatan yang sewajarnya walaupun selepas wabak ini berakhir nanti.





Apa-apapun aku salutelah dengan semua doktor di dunia ni. Kat China ke, kat Malaysia ke, mereka inilah hero yang sebenar sanggup bergadai nyawa demi kita semua.

BACAJumlah terkini virus Wuhan

-Tun Carlos