Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Maszlee dipaksa letak jawatan kerana isu tulisan Jawi



Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang beliau sifatkan sebagai seorang ayahanda.




"Di atas nasihat YAB perdana menteri, dan di atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya, Maszlee Malik, dengan ini memulangkan jawatan sebagai menteri pendidikan Malaysia, berkuat kuasa 3 Januari 2020," katanya.

"Namun sepertimana saya jelaskan pada awal, saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, Internet sekolah dan isu sarapan percuma.




"Bagaimanapun saya percaya saya telah meletakkan asas dan hala tuju yang jelas untuk dituruti warga KPM.  Ia terhimpun dan tersemat kemas dalam tiga kalimah keramat, “Pendidikan untuk Semua”.

"Saya percaya keputusan ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan yang baharu.




"Percayalah, reformasi negara tidak akan pernah berjaya tanpa menjadikan kebajikan rakyat sebagai tumpuan paling utama," katanya.

Sidang media yang turut disertai kepimpinan tertinggi kementerian termasuk timbalannya Teo Nie Ching, mendapat perhatian pengamal media susulan khabar angin peletakan jawatannya beberapa jam sebelum itu.

Sejurus tamat sidang media itu, Maszlee yang kelihatan sebak meninggalkan perkarangan KPM dengan memandu sendiri kenderaan peribadinya, sebuah Perodua Myvi. -MalaysiaKini