Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Melampau, dua lelaki bukan Islam kencing di tempat ambil wuduk MRT



Keterlaluan sikap dua lelaki dipercayai bukan Islam membuang air kecil dekat tempat wuduk dekat sebuah surau.

Berdasarkan satu kenyataan yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, kejadian provokasi itu dipercayai berlaku di sebuah stesen Aliran Transit Massa (MRT), namun tidak dinyatakan lokasi stesen secara tepat.




Netizen yang memuat naik posting berkenaan memberitahu, dia sedang berada dalam surau berkenaan untuk solat ketika terdengar perbualan dalam bahasa bukan Melayu.

“Saya terdengar suara mencurigakan dari tempat wuduk, kemudian saya pergi menjengah dan terkejut apabila menemui tiga lelaki dipercayai bangsa Cina berdasarkan pecakapannya.




“Salah seorang daripada mereka menyedari kehadiran saya dan seorang lelaki lain ketika menasihatkan mereka bahawa ini bukan tempat buang air kecil,” katanya dalam status yang dimuat naik pada tiga hari lalu.

Status berkenaan tular apabila mendapat reaksi lebih 2,000 pengguna dan dikongsi lebih 2,800 netizen.


Walau bagaimanapun, dua daripada mereka tidak mengendahkan nasihat malah terus membuang air kecil di tempat wuduk itu.

“Mereka tidak kisah malah terus buang air kecil ke arah dinding tempat wuduk berkenaan.




“Saya tak berpuas hati dan keluar dari surau tersebut untuk meminta pertolongan. Mujur ada polis bantuan bertugas dan berjalan ke arah saya.

“Saya meminta bantuan polis bantuan berkenaan supaya mengambil tindakan, ketika itu salah seorang daripada lelaki terbabit melangkah keluar,” ujarnya.



Tambahnya, kesemua lelaki berkenaan bagaimanapun tidak menunjukkan rasa bersalah.

Menurut maklumat terkini, dua lelaki berbangsa Cina tersebut didakwa bukan warganegara Malaysia. Sebaliknya datang dari China. Mungkin sebab itu mereka seperti tidak mengendahkan amaran kerana mungkin tidak faham bahasa Melayu.

Maklumat lanjut akan menyusul.

Sumber: SuaraMerdeka