Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Memalukan dan tak bertamadun, nanti apa komen pelancong asing tentang Sabah?



KOTA KINABALU: Tindakan seorang pelancong Mat Salleh cuba mententeramkan kekecohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) antara yang menarik perhatian netizen dalam insiden pergaduhan di situ malam tadi.

Pelancong lelaki berkenaan kelihatan tenang memerhati tingkah laku beberapa individu yang bertindak samseng menyerang anggota Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris yang juga dikenali dengan panggilan Papagomo.




Terdahulu Papagomo telah dikepung dan diserang oleh sekumpulan lelaki di sini.


BACA: Kumpulan samseng hampir dicederakan Papagomo di Lapangan Terbang KKIA

Pelancong berkenaan dilihat cuba mententeramkan individu bertindak agresif menyerang Papagomo.




Tindakan beberapa individu dalam video yang tular hari ini menimbulkan tanda tanya orang ramai mengenai tahap keselamatan di lapangan terbang berkenaan.


"Pasti ramai pelancong lain di sana tadi. Sungguh memalukan dan tak bertamadun. Kita tunggu sajalah nanti apa reaksi mereka yang menulis di blog, youtube, posting media sosial dan review mereka tentang Sabah," antara komen netizen mengenai kejadian tersebut.




Rata-rata komen orang ramai tidak bersetuju dengan tindakan samseng-samseng berkenaan kerana ia telah memberikan imej buruk kepada pelancong terhadap negeri Sabah.

Ramai yang mahukan samseng-samseng itu ditahan polis dan dihukum supaya perkara yang amat memalukan itu tidak berlaku lagi di masa hadapan.

-Tun Carlos