KIMANIS: Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak menzahirkan rasa yang sungguh kecewa kerana projek Pan Borneo yang diilhamkan olehnya untuk memberi kesenangan dan kemudahan kepada penduduk Sabah Sarawak telah dibiarkan terbengkalai saja oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada hari ini.
Hari ini Najib sendiri telah melawat ke tapak projek Pan Borneo yang berdekatan di Kimanis.
Beliau menaikkan video untuk menunjukkan bukti kepada seluruh rakyat Malaysia yang sebenarnya Projek Pan Borneo tersebut telah terbiar.
Kesesakan lalulintas boleh diperhatikan di dalam video tersebut. Sebab itulah betapa pentingnya projek Pan Borneo ini.
"Minggu lepas, pegawai Gobind (Menteri Penerangan) arahkan RTM cari Baru Bian (Menteri Kerja Raya), untuk jawab video saya mengenai kelewatan projek Pan Borneo? Saudara-saudari ada tengok ke jawapan menteri tu? Tak mengapa la nak jawab, boleh."
"Tapi kita lihat lah sendiri progres kerja-kerja projek ni. Ada berjalan tak? Kasihan orang Kimanis, kasihan orang Sabah."
"Saya penuh yakin kalau bawah BN, pemandangan yang kita nampak belakang saya tidak macam sekarang ni." ujar Najib di Facebook. -Tun Carlos
video: