Buat pertama kali dalam sejarah, nama Muhammad terpilih dalam 10 nama bayi paling popular di Amerika Syarikat.
Sering dikenali sebagai negara yang mempunyai pemimpin anti-Islam dan masih ramai rakyatnya yang Islamofobia, fakta dari Baby Center yang dikongsikan CNN ini pastinya membuka mata.
Menurut Baby Center, nama Arab ini sememangnya antara nama paling popular di dunia. Malah, popularitinya meningkat naik tahun demi tahun di dalam pangkalan data mereka.
“Keluarga bukan Islam mempunyai senarai nama tanpa batas untuk mereka pilih, manakala bagi keluarga Muslim, tradisi amat penting termasuk menamakan anak lelaki dengan nama nabi.
“Bahkan, nama yang cukup popular ini turut diringkaskan menjadi Md., Mohd., atau Muhd,” tulis laman tersebut.
Baby Center telah mengeluarkan senarai nama bayi paling popular berdasarkan data yang dikongsikan oleh lebih 600,000 ibu bapa kepada laman itu.
Dalam senarai berkenaan, nama Sophia dan Liam mendahului carta nama paling popular bagi bayi perempuan dan lelaki, diikuti Olivia dan Jackson serta Emma dan Noah.
Nama Arab yang tersenarai adalah Muhammad bagi lelaki dan Aaliyah bagi bayi perempuan.
Berikut adalah senarainya:
sumber: Siakap Keli