Orang Kimanis kecewa Pan Borneo terbiar dan terbengkalai di bawah PH -Najib
KIMANIS: Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak melahirkan rasa kecewa kerana Projek Pan Borneo terbiar dan terbengkalai di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan.
Beliau berkata Kimanis akan maju jika projek Pan Borneo diuruskan oleh Barisan Nasional.
"Kimanis akan maju jika Pan Borneo siap ikut jadual."ujar beliau di hadapan penyokong Barisan Nasional (BN) di Pekan Membakut, Sabah hari ini.
"Jika Pan Borneo siap, orang Kimanis boleh ke Kota Kinabalu 30 minit sahaja. Sebelum ini ambil masa sejam lebih. Maknanya boleh jimat kos."
DS Najib ketika menjawab wartawan di Pekan Membakut, Sabah. |
"Orang Kimanis tak perlu pindah ke Kota Kinabalu untuk menyewa atau beli rumah kerana mereka boleh tetap tinggal di Kimanis."
DS Najib juga meminta pengundi Kimanis bersama-sama memberi sokongan kepada calon BN Kimanis iaitu Mohamad Alamin.
BACA: Mohamad Alamin calon BN Kimanis
Apabila mengulas mengenai perletakan jawatan Menteri Pendidikan iaitu Maszlee Malik, beliau hanya berkata "Dia perkenalkan kasut hitam, akhirnya dia di kambing hitamkan."
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kimanis pada 18 Jan ini manakala penamaan calon pada 4 Jan dan pengundian awal pada 14 Jan.
PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 1 Dis 2019 mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Anifah bagi kerusi itu.
-Tun Carlos