Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Pelancong China boleh cecah 2 juta orang, nak simpan kat kandang lembu?" -Tun M



KUALA LUMPUR: Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pelancong China dan negara lain yang telah dikesan dengan kes koronavirus tidak akan dikuarantin serta-merta sebaik tiba di Malaysia.

Tun Mahathir sedia maklum bahawa jumlahnya kedatangan pelancong dari China boleh mencecah sehingga dua juta orang.

"Jumlah pelancong dari China boleh mencecah dua juta, (maka) kita nak simpan di mana? Bubuh kat kandang lembu? Tak kan macam itu..." soalnya.

"Mereka yang ada tanda jangkitan kita akan kuarantin," katanya selepas menghadiri acara rumah terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan bersama Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang (KCCCI), di Dewan Hokkien, Klang.


Menurut Mahathir lagi, kerajaan tidak akan menghantar pulang pelancong dari Wuhan, China, kerana langkah kerejaan untuk kuarantin mereka yang disyaki dijangkiti virus itu di sini lebih berkesan untuk menghalang ia daripada terus merebak.

"Anda boleh hantar mereka pulang ke China, tetapi dalam proses penghantaran itu, mereka akan berhubungan dengan orang lain.




"Lebih baik kuarantin mereka dahulu sehingga mereka tak tunjuk tanda (virus) dan selepas itu kita boleh hantar mereka pulang," katanya dalam sidang media yang turut disertai Lim, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad dan beberapa menteri lain.

Mahathir mengulas cadangan oleh wartawan veteran A Kadir Jasin agar Malaysia mengikut langkah Kerajaan Filipina yang baru sahaja menghantar pulang kesemua pelancong dari China. Setakat kini, negara tersebut masih bebas dari wabak itu. -Tun Carlos

Follow kami di Telegram untuk maklumat terkini: https://t.me/tuncarlos


BACA: Video kehidupan penduduk di Wuhan ketika mereka dikuarantin