Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pendakwaraya cuba halang Najib dapatkan pakar tulisan tangan dari Australia


Sudah 70 hari Najib Razak menduduki kandang orang kena tuduh apabila beliau dibicarakan atas tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana sebanyak RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Hari ini bekas perdana menteri berkenaan akan dibicarakan untuk hari ke-71 bagi tuduhan membabitkan SRC itu.




Salah seorang peguam bela Najib, Harvinderjit Singh, akan meneruskan hujahnya bagi memohon kebenaran mahkamah memanggil pakar tulisan untuk meneliti ketulenan tandatangan didakwa diturunkan oleh tertuduh pada 13 dokumen penting dalam kes berkenaan.

Perbicaraan dijalankan di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.




Peguam kanan, Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan Najib, manakala V Sithambaram bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.

LANGSUNG

9.05 pagi: Najib memasuki mahkamah dan mengambil tempat.

Turut kelihatan, Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram, serta anggota lain pasukan pendakwaan, manakala di pihak pembelaan, ia diketuai Muhammad Shafee Abdullah.

9.16 pagi: Perbicaraan akan bermula sebentar lagi apabila Najib memasuki kandang tertuduh.




9.23 pagi: Perbicaraan bermula dengan Sithambaram mengemukakan hujah balas.

Kata timbalan pendakwa raya itu, semasa perbicaraan di peringkat pendakwaan, pihak pendakwaan mengakui kesahihan tandatangan pada dokumen yang dikemukakan.

Katanya, isu ketulenan tandatangan tersebut hanya dibangkitkan apabila isu tersebut apabila dokumen bukti berkenaan dibuat salinan fotokopi.




"Mereka (pembelaan) sekarang mendakwa ini semua adalah dokumen palsu, tetapi kekal dengan penghakiman yang arif (Mohd Nazlan yang mengarahkan Najib membela diri berdasarkan dokumen sama di peringkat pendakwaan sebelum ini)," katanya.

Sithambaram berhujah demikian sebagai alasan untuk mahkamah tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan Najib untuk memanggil pakar tulisan tangan dari Australia untuk mengesahkan kesahihan tandatangan pada 13 dokumen yang dikemukakan di mahkamah sebagai bukti.




9.35 pagi: Sithambaram memberitahu mahkamah, permohonan pembelaan Najib untuk memanggil pakar juga tidak wajar diterima kerana mereka tidak membangkitkan isu ketulenan tersebut semasa salah seorang saksi utama memberi keterangan sebelum ini.

Kata Sithambaram, bekas pengerusi Lembaga Pengarah SRC, Ismee Ismail, ada memberi keterangan bahawa beliau mengenali tandatangan tersebut sebagai milik Najib kerana beliau sebelum itu diberi arahan melalui tandatangan sebegitu ketika menjadi pengerusi Lembaga Tabung Haji.




Menurutnya, Ismee berkata demikian semasa disoal balas salah seorang peguam bela Najib, iaitu Harvinderjit Singh.

"Yang arif, tiada cabaran mengapa beliau (Ismee) mengenal pasti ini adalah tandatangan Najib.

"(Sepatutnya) Ini adalah masa yang tepat untuk menimbulkan isu itu," kata Sithambaram.




10.01 pagi: Kata timbalan pendakwa raya, permohonan dibuat peguam bela Najib untuk memanggil pakar tulisan tangan dari Australia itu mungkin boleh menghalang perbicaraan yang adil.

Menurut Sithambaram, aspek itu menjadi sebab mengapa hakim perlu menolak permohonan Najib mendapatkan keterangan pakar terbabit bagi menentukan ketulenan tandatangan pada 13 dokumen berkenaan.

Katanya, mahkamah wajar menolak permohonan itu dengan mengambil kira tindakan tertuduh mungkin menghalang perkembangan perbicaraan yang adil sekarang.

Maklumat lanjut menyusul.