Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pendedahan rakaman audio tidak jejas kempen BN di Kimanis -Hadi Awang


Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan rakaman audio perbualan Najib Razak yang didedahkan oleh SPRM baru-baru ini tidak boleh dijadikan sebagai saksi dan tidak akan menjejaskan kempen BN di Prk Kimanis.

Beliau juga menegur pihak SPRM supaya lebih matang dan jangan membiarkan rakyat membuat spekulasi dan menjadi hakim.

Sebaliknya Abdul Hadi berkata sebarang tindakan perlu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan dinilai.




"Komen saya audio ni tak boleh jadi saksi, audio ni ialah satu keterangan saja yang perlu diserahkan kepada pihak berkenaan untuk siasat. Terserah kepada polis, pihak jabatan peguam negara, pihak kehakiman dapat menilai.

"Bukan rakyat yang buat keputusan. Kita ada mahkamah, kita ada institusi yang menguatkuasakan undang-undang.

"Jangan pulak kita jadikan rakyat sebagai hakim," katanya ketika diminta mengulas mengenai audio rakaman tersebut.




Beliau berkata demikian dalam video hantaran yang dimuat naik di Twitter beliau hari ini.

Pada 8 Januari, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata pihaknya menerima rakaman audio itu daripada sumber yang tidak mendedahkan namanya.

Kata Latheefa, SPRM memutuskan untuk mendedahkan rakaman audio itu kepada awam selepas mengesahkan kesahihannya kerana isu itu melibatkan kepentingan umum.




Sementara itu, Hadi berkata pendedahan rakaman audio tersebut tidak akan menjejaskan kempen pilihan raya kecil (PRK) Kimanis yang sedang berlangsung.

Katanya, PRK banyak menumpukan kepada isu setempat dan tidak memberi kesan kepada pengundi.

sumner: MalaysiaKini