Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PH dakwa mereka lebih baik dari BN kerana kurangkan kadar tol. Benarkah?


Pakatan Harapan mengumumkan kadar tarif tol diturunkan sebanyak 18%. Seterusnya mereka mendakwa mereka telah melakukan perkara yang lebih baik dari kerajaan Barisan Nasional BN yang sudah banyak kali menaikkan tol sejak dahulu.

Dakwaan ini telah disangkal oleh seorang bekas pensyarah senior di Universiti Malaya, Mohd Zuhdi Marsuki. Berikut adalah butiran beliau:




1. Kewujudan tol termasuk PLUS diusahakan oleh PM ke-4 (Dr Mahathir) dengan diberi kepada kroninya, Renong.

2. Butir-butir konsesinya dirahsiakan ketika zaman PM ke-4.

3. Syarikat kroni yang memiliki PLUS kemudiannya diambil alih Khazanah.




4. Semasa DS Najib Razak jadi Perdana Menteri, butir perjanjian konsesi didedahkan. Kemudian beliau menjadikan PLUS milik rakyat melalui pegambilan 49% saham oleh KWSP.

5. Apabila PLUS menjadi milik rakyat dan GLC, maka kerajaan boleh menentukan kadar tol PLUS. Sejak usaha DS Najib ini, tiada lagi kenaikan tol di lebuhraya PLUS malah beberapa tol telah berjaya dimansuhkan beliau antaranya Tol Sg Rasa dan Tol Batu 3.

6. Pakatan Harapan antaranya Lim Guan Eng menjanjikan akan mansuh tol PLUS jika berkuasa, iaitu rakyat cukup bayar roadtax sahaja katanya.




7. Akhirnya Pakatan Harapan di bawah PM ke-7 (Dr. Mahathir) akur dengan pendekatan DS Najib memilik rakyatkan PLUS. Mereka mengambil kredit (millage) dari pendekatan DS Najib ini dengan memanjangkan lagi tempoh konsesi selama 20 tahun, dan dengan diperpanjangkan tempoh itu barulah boleh mereka turunkan tarif tol sebanyak 18%.

**Ia sama seperti kita melakukan penstrukturan pinjaman kereta dengan bank. Bayaran bulanan dikurangkan sikit, tapi tempoh dipanjangkan. Walaupun kita rasa bayaran bulanan itu rendah, tetapi sebenarnya kita yang rugi sebab tempoh bayaran diperpanjangkan. Yang untung adalah bank.

oleh:
Mohd Zuhdi Marsuki,
Beliau adalah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat
dan juga bekas Pensyarah senior di Universiti Malaya.