Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pihak pendakwaan berputih mata, Najib dibenarkan panggil pakar dari Australia

gambar: MalaysiaKini

LANGSUNG | Najib yang juga ahli parlimen Pekan dibicarakan untuk hari ke-72 atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik SRC International Sdn Bhd (SRC) sebanyak RM42 juta.

Bekas perdana menteri itu diwakili sekumpulan peguam diketuai Muhammad Shafee Abdullah. Seorang daripada anggota kumpulan itu ialah Harvinderjit Singh.




Pihak pendakwaan pula diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas dan turut dianggotai Timbalan Pendakwa Raya, V Sithambaram.

Perbicaraan pagi ini bermula dengan keputusan hakim mengenai permohonan dibuat pihak pembelaan semalam untuk mendapatkan pandangan pakar tulisan tangan dari Australia bagi meneliti tandatangan pada dokumen SRC yang dikemukakan di mahkamah.





LANGSUNG

9.06 pagi: Najib memasuki mahkamah.

Pasukan pendakwaan dan pembelaan juga sudah berada di tempat masing-masing.

9.35 pagi: Perbicaraan bersedia untuk dimulakan apabila Najib memasuki kandang tertuduh.

9.40 pagi: Mohd Nazlan menerima permohonan pasukan pembelaan untuk mendapatkan pandangan pakar tulisan tangan dari Australia bagi meneliti tandatangan didakwa diturunkan Najib pada dokumen yang menjadi barang bukti.




Semasa menyampaikan keputusan itu, hakim berkata, beliau membenarkan permohonan terbabit kerana tertuduh berhak mendapat sebarang keterangan relevan yang dipilihnya untuk membela diri.

Bagaimanapun, kata Mohd Nazlan, keterangan yang diberikan oleh saksi itu nanti akan ditentukan oleh mahkamah pada akhir perbicaraan.

Katanya, mahkamah juga berhak memberi pertimbangan jika kredibiliti pembelaan Najib akan terkesan oleh sebarang pertimbangan semula.

Beliau juga memutuskan, pihak pendakawaan dibenarkan untuk memanggil saksi bagi menafikan keterangan berkenaan seperti diperuntukkan Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah - jika mereka mahu berbuat demikian.

Hakim kemudian mengarahkan pasukan pembelaan untuk mengaturkan kedatangan pakar terbabit tanpa mengganggu perjalanan perbicaraan.

Kata hakim ia perlu diselesaikan dalam tempoh dua hari sebelum 3 Feb ini.




10.01 pagi: Najib memberitahu mahkamah, beliau tidak pernah memberikan arahan secara langsung kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk mengeluarkan pinjaman kali kedua - bernilai RM2 bilion - untuk SRC.

Sebelum itu Sithambaram bertanya sama ada bekas perdana menteri itu ada memberikan tekanan secara tersirat ke atas Ketua Setiausaha Perbendaharaan ketika itu, Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, untuk membenarkan KWAP memberikan pinjaman kedua.

Untuk rekod sebelum itu - atau pada akhir 2012 - KWAP sudah mengeluarkan RM2 bilion untuk SRC sebelum permohonan kali kedua - pada awal 2012 - dibuat. Najib ketika itu adalah penasihat emeritus SRC.




Najib: Apabila saya merujuk kepada KWAP, mereka mesti melalui proses sepatutnya.

Sithambaram: Tapi ini adalah apabila perdana menteri (Najib sendiri) menghubungi pengerusi lembaga mengenai keperluan membuat pinjaman?

Najib: Saya tak pernah memberi arahan secara langsung. Terserah kepada mereka (KWAP) untuk menelitinya.

Sithambaram: Beliau (Wan Abdul Aziz) terikat untuk cenderung mempertimbangkan is (permohonan tersebut).

Najib: Tidak. Pada waktu itu mereka perlu membuat keputusan berdasarkan merit kes. Jadi saya tak setuju (dengan cadangan pendakwaan).

BACAPendakwaraya cuba halang Najib dapatkan pakar Australia