Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pita rakaman Najib buktikan duit filem anak Rosmah bukan dicuri dari 1MDB



DUIT FILEM RIZA AZIZ DARIPADA SHEIKH MANSOUR, BUKAN 1MDB ...

DARIPADA klip perbualan yg didedahkan Boss SPRM, Latheef Koya, kita tahu yang DS Najib berbual untuk jemput Khaldoon Al Mubarak datang Malaysia untuk berjumpa.

Dalam klip rakaman suara yang lain pula, kita juga dengar perbualan DS Rosmah pula menyuruh DS Najib ajak Khaldoon datang ke Malaysia.




Siapa Khaldoon?

Ada yang cuba memperlecehkan Khaldoon, kononnya sebab Tuanku Putera UAE malas layan Najib tapi hanya hantar kononnya 'budak suruhan' si Khaldoon ni ...

Sheikh Mansour pula disebut di dalam perbualan itu ialah orang yang menawarkan loan offer kepada Riza utk movie project Riza ...




Siapa Sheikh Mansour?

HH Sheikh Mansour ialah Timbalan presiden UAE, dan adik kpd Presiden UAE Khalifa bin Zayed Al Nahyan ...

Dia pengerusi IPIC, Naib presiden Mubadala Investment dan Mubadala bernilai sekitar $229 billion atau RM916 billion , hampir RM1 trillion, lebih besar drpd KWSP, simpanan pekerja seluruh Malaysia dicampurkan ... bayangkan!




Dia juga pemilik City football group yang memiliki pasukan EPL Manchester city, New york city, Melbourne city fc, Yokohama Marinos FC dan beberapa yang lain.

Siapa pula Khaldoon Al Mubarak?

Dia ialah pengerusi Manchester City football club sejak 2008, CEO Mubadala Group, managing director Mubadala, pengerusi Executive Affairs Authority Abu Dhabi, pengerusi Emirates Nuclear Energy corp, board member Abu Dhabi Supreme Petroleum Council

Bukan calang-calang ...




Dakwaan PH konon duit filem dicuri dari 1MDB

Jadi apabila disahkan daripada rakaman pintas perbualan yang didedahkan oleh SPRM, duit filem Riza adalah daripada pinjaman Sheikh Mansour, maka maksudnya bukanlah daripada duit yang dicuri daripada 1MDB.

Takkanlah logik kerajaan PH atau SPRM mahu fitnah Sheikh Mansour mencuri duit 1MDB dan berikan kpd Riza Aziz?




Berbalik kepada filem Riza, adakah filem tu hanya projek "sakau duit" atau ia sememangnya pelaburan yang bagus?

Sebenarnya pelaburan filem di dalam Syarikat Produksi Red Granite milik Riza juga boleh tahan hebat.

-2013 Wolf of Wall Street, modal $100 juta , jualan $392 juta ...

-2014 Dumb and Dumber Two, modal $50 juta , jualan $169.8 juta ...

-2015 Daddy's Home, modal $69 juta , jualan $240.4 ...

Jadi, jumlah modal untuk 3 movie yang diterbitkan adalah sekitar $219 juta , manakala jualan $802.2 juta!




Terbukti projek filem Riza juga merupakan pelaburan yang bagus, itulah sebab Sheikh Mansour yakin untuk melabur dalam Filem Riza.

Bebalik kepada pendedahan perbualan telefon Najib, oleh sebab itulah juga selepas Latheefa Koya mendedahkan rakaman telefon kepada media, pihak Najib mahu pita rakaman itu diserahkan kepada pihak paguamnya kerana ia boleh dijadikan bukti di mahkamah untuk membantu kes 1MDB dan anaknya Riza.




Kesimpulannya, apa yang dilakukan Latheefa Koya itu sebenarnya hanya memberi kelebihan untuk pihak Najib.



Paling kasihan, tindakan mendedahkan rakaman itu boleh membuatkan dirinya berdepan dengan tindakan undang-undang kerana mendedahkan rakaman peribadi bekas Ketua Negara.

Jika Kerajaan Abu Dhabi ingin mengambil tindakan ke atas Latheefa Koya kerana mendedahkan perbualan telefon Putera mereka, beliau boleh dipenjara selama 7 tahun.

BACATahukah anda, Latheefa Koya boleh dipenjara 7 tahun di UAE jika dedah perbualan telefon
BACAPita Rakaman Najib: Peguam Tun M kecewa Latheefa menyalahi undang-undang

-Tun Carlos