Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pita rakaman Najib tidak berguna di mahkamah, itu sebab Latheefa dedah kepada umum -Shafee



VIDEO: Bekas Perdana Menteri DS Najib Razak mengatakan bahawa pendedahan pita rakaman yang dibuat oleh Ketua Pengarah SPRM adalah satu pendedahan yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

"Saya pada ketika itu adalah seorang Perdana Menteri, dan samada mana-mana pihak ada hak untuk buat "wire tapping conversation" yang dilakukan oleh sorang Perdana Menteri lebih-lebih lagi dengan seorang ketua negara yang lain. Ini boleh memberi kesan kepada hubungan diplomatik."



"Kenapa dan mengapa di dedahkan di saat ini, kerana (perbualan) ini berlaku pada 5 tahun dahulu. Apa kah motifnya. Apakah ini ada kaitan dengan pilihanraya kecil Kimanis dan sebagainya. Jadi inilah persoalan-persoalan yang perlu diberi jawapan yang tuntas" ujar Najib ketika ditemui wartawan sejurus tamat perbicaraannya pada hari ini.

Peguam Najib, Tan Sri Shafee juga berkata apa yang telah dilakukan oleh Latheefa Koya adalah satu perkara yang tidak mengikut prosedur.




Beliau mempersoal Latheefa Koya yang pada mula menyatakan perbualan telefon ini adalah soal isu keselamatan dan kepentingan negara. Tetapi SPRM mendedahkan kepada orang ramai.

Menurut Shafee, jika sesuatu bukti itu ada kaitan dengan isu keselamatan dan kepentingan negara, ia sepatutnya dirahsiakan dan perlu ada prosedur. Tidak boleh didedahkan kepada umum. Malah Perdana Menteri pun tidak tahu mengenai perkara ini.

Pita rakaman itu jelas tidak berguna langsung untuk pembuktian di mahkamah, itu sebab Latheefa Koya dedahkan kepada umum. Persoalanya apakah motifnya? Shafee juga mempersoal adakah Latheefa berminat untuk berpolitik dari buat kerja?

"Jika Latheefa berminat untuk berpolitik, sila letak jawatan. Dia perlu tetapkan pendiriannya."ujar Shafee.