PRK KIMANIS: SPR terima 4 aduan kesalahan pilihanraya dan 28 laporan polis
LANGSUNG | Hari ini merupakan hari penentuan bagi seramai 29,664 pengundi di parlimen Kimanis untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru.
Sebanyak 19 pusat mengundi melibatkan 68 saluran dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang ini.
12.30 tengah hari: Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal berpuas hati dengan proses pengundian yang berjalan lancar pagi ini.
Beliau berharap proses demokrasi ini berlangsung dengan tenang bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab.
"Kita minta semua turun menggundi menunaikan tanggungjawab," katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Kelatuan bagi memantau perjalanan pilihan raya kecil (PRK) Kimanis.
SPR terima empat aduan kesalahan pilihan raya
Baca laporan aduan dan laporan polis di lampiran berikut:
10.30 pagi - SMK Bongawan: Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Warisan, Shafie Apdal melawat pusat mengundi dengan membonceng motosikal.
Najib kongsi video pengundi didakwa terima rasuah
9.30 pagi - Bekas perdana menteri Najib Razak berkongsi rakaman video yang pada asalnya disiarkan oleh Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki malam tadi.
Rakaman video itu menunjukkan seorang pengundi warga tua yang berasal dari Membakut mendakwa menerima sogokan RM385 dari Warisan pada malam sebelum mengundi.
Maklumat lanjut menyusul..
video: