ULASAN: oleh DS Najib Razak
Kepada pengundi PRK Kimanis,
Warga Kimanis diberi peluang istimewa untuk menentukan sama ada Pas Sabah Sementara (PSS) akan diteruskan atau tidak.
Dalam isu PSS ini, pengundi Kimanis mewakili seluruh warga Sabah dan Rakyat Malaysia untuk menentukan.
Ramai pakar-pakar berpendapat bahawa PSS ini ada potensi besar menjadi Projek IC 2.0.
RCI yang dilaksanakan masa saya PM juga mengesahkan Projek IC pernah berlaku di bawah PM ke-4.
Namun, PH memberi jaminan bahawa PSS tidak akan disalahgunakan menjadi Projek IC 2.0.
Tetapi persoalannya ialah adakah jaminan PH boleh dipercayai?
Sedangkan IKRAR dan jaminan bertulis mereka untuk hapuskan semua tol dibuktikan satu penipuan hari ini.
Ikrar PH untuk hapuskan tol PLUS menjadi tol dilanjutkan 20 tahun lagi hingga tahun 2058.
Terang lagi bersuluh ikrar bertulis itu pun telah mungkir.
Masih nak percaya janji mulut PH bahawa PSS tak akan menjadi Projek IC?
Janji royalti petroliam 20% dan cukai 50% dikembalikan kepada Sabah juga tidak ditunaikan selepas 20 bulan walaupun ianya dijanji Warisan dan PH.
Pengundi Kimanis perlu tahu mereka sedang memikul tanggungjawab besar bagi seluruh warga Sabah dan Rakyat Malaysia untuk hentikan PSS ini.
Bukan hanya kepada warga Sabah dan Rakyat Malaysia sekarang tetapi untuk generasi-generasi akan datang.
Jika Projek IC 2.0 betul-betul berlaku, sejarah memberitahu kita bahawa kesannya tidak boleh diselesaikan pada masa hadapan.
Untuk melaksanakannya senang. Unuk menyelesaikan masalah selepas ianya dilaksanakan adalah teramat sukar.
Warisan dan PH seru Kimanis undi PH untuk mendapat pembangunan.
Tapi apa yang warga Sandakan dapat sejak pengundi memberi kemenangan yang amat besar kepada PH di PRK Sandakan hampir 9 bulan dahulu?
Apa-apa pun tak dapat.
Royalti minyak 20%, tak dapat.
Hasil cukai 50% dikembalikan, tak dapat.
Pembinaan Lebuhraya Sabah ditangguhkan dan diperlambatkan.
Projek pembangunan di Sandakan pun tak ada.
Peratusan peruntukan kepada Sabah dalam Bajet 2020 tak capai janji 16.5 peratus.
Lagipun jika PH menang sekarang di Kimanis, tempohnya cuma 3 tahun.sahaja sehingga PRU15.
Tak sempat untuk apa-apa projek pembangunan yang bermakna.
Sebab itu, warga Kimanis perlu bijak mengundi dan bijak menilai janji-janji Warisan dan PH.
Jangan percaya jaminan Warisan bahawa PSS tidak berpotensi menjadi Projek IC.
Jangan beri undi kepada Warisan dan PH supaya PSS dihentikan.
Jangan beri undi kepada Warisan dan PH sehingga mereka tunaikan janji-janji PRU14 mereka dan wang dari kerajaan Persekutuan diberi kepada Sabah untuk pembangunan.
Kuatkan suara pembangkang di Sabah kerana pemimpin-pemimpin Warisan tidak mampu menentang kerajaan pusat PH.
Jika mereka mampu, pertuntukan dalam bajet 2020 tidak akan begitu rendah, royalti 20% dan cukai 50% dah dikembalikan.
Warisan nak hentikan PPBM masuk Sabah pun mereka gagal.
Berikan suara kepada BN Sabah supaya kita terus mempertahankan hak dan menuntut hak Sabah di Parlimen.
-Tun Carlos