Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rakaman Audio Najib: Tun Mahathir tak pasti tindakan Latheefa Koya betul atau salah



LANGKAWI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak pasti samada untuk menyokong ataupun membantah tindakan Ketua SPRM mendedahkan pita rakaman audio peribadi bekas Perdana Menteri DS Najib Razak bersama pemimpin tertinggi UAE dan juga beberapa individu lain termasuk DS Rosmah.

Tetapi menurut Tun M, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman audio tersebut tidak ada beza dengan rampasan barang mewah bekas Perdana Menteri itu yang dipaparkan kepada umum sebelum ini.




Untuk rekod, ketika Tun M menjadi PM ke-4, polis di atas arahannya juga pernah merampas tilam milik Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat pembantu peribadi.

Polis merampas tilam Anwar yang dikaitkan dengan kes Liwat


Tun M menegaskan, tidak penting sama ada beliau menyokong tindakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya.

Sebaliknya jelas beliau, ini kerana adakah pendedahan itu boleh dibuat atau tidak kerana rampasan barang Najib turut pernah dilakukan dengan cara yang sama.




“Dahulu masa kita mula buat rampasan, kita tunjuk semua barang Najib dan tidak ada beza pun. “Saya sokong atau tidak (SPRM) tidak penting.

Ia boleh dibuat atau tidak. “Dulu ada rampasan di Pavilion kita tunjuk kepada orang ramai dan tidak sembunyi,” katanya.




Banyak pihak termasuk pakar perundangan dan juga peguam Tun M sendiri telah menjelaskan kepada media bahawa perbuatan Latheefa Koya adalah satu kesalahan.

BACALatheefa Koya boleh dipenjara 7 tahun di UAE
BACAPeguam Tun M kecewa tindakan Latheefa Koya yang menyalahi undang-undang

Ramai yang sudah meminta Latheefa Koya letak jawatan kerana perbuatannya yang telah mencemar nama baik dan integriti Suruhanjaya Badan Pencegahan Rasuah Malaysia.

Hari ini beberapa NGO telah membuat laporan polis terhadap Latheefa Koya kerana telah menyalahgunakan kuasa sebagai penjawat awam untuk mendedahkan rakaman perbualan peribadi bekas Ketua Negara.

-Tun Carlos

video: