Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Rakaman Suara Najib: 10 anggota Polis ke SPRM ambil kenyataan Latheefa Koya


Bukit Aman merakam kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berhubung isu rakaman perbualan bekas perdana menteri Najib Razak berkaitan skandal 1MDB.

Pasukan 10 anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya kira-kira jam 2.30 petang ini, lapor Star Online.




Pada 8 Jan, Latheefa mengadakan sidang media untuk mendedahkan audio perbualan selepas rakaman disahkan sebagai sahih oleh SPRM.

Dikatakan, perbualan tersebut berlaku antara Januari hingga Julai 2016, Najib didapati dalam satu klip meminta putera Emiriyah Arab Bersatu untuk membantu melindungi anak tirinya Riza Aziz daripada siasatan Jabatan Kehakiman AS(DOJ) terhadap 1MDB.




Dalam klip lain, bekas ketua SPRM Dzulkifli Ahmad membincangkan siasatan 1MDB dengan Najib, isterinya Rosmah Mansor dan bekas pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Rahim.

Rakaman itu dikatakan dibuat ketika Dzulkifli masih menjadi timbalan pendakwa raya.

Pendedahan klip ketiga adalah perbualan antara Najib dan isterinya, yang antaranya Rosmah didapati ada meninggikan suara ketika memberi nasihat kepada suaminya mengenai isu 1MDB.




SPRM berkata mereka menerima rakaman tersebut daripada sumber yang tidak didedahkan.

Perbuatan SPRM itu telah mendapat pelbagai kritikan dari pelbagai lapisan masyarakat dan juga pakar undang-undang kerana perbuatan mendedahkan rakaman peribadi seseorang apatah lagi seorang bekas Ketua Negara adalah sangat menyalahi undang-undang.




Walaupun Latheefa mendakwa rakaman itu mendedahkan konspirasi dan penyalahgunaan kuasa berhubung dengan 1MDB, namun Najib berhujah bahawa perbualan membuktikannya dirinya tidak berbohong.

Najib juga memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap ketua SPRM itu. -Tun Carlos