Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sah, Malaysia kini tersenarai antara negara yang mempunyai kes koronavirus -KKM

Sidang Media KKM hari ini


Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan kes jangkitan novel coronavirus (2019-nCoV) yang pertama di negara ini.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian pengesanan dan pengesahan melibatkan tiga individu itu diperolehi dari pihak Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh lewat malam semalam.






Dalam sidang medianya, Dzulkefly memaklumkan bahawa tiga pesakit itu merupakan isteri dan dua cucu kepada lelaki berumur 66 tahun dari  Wuhan, China yang sebelum ini disahkan dijangkiti virus yang sama oleh Kementerian Kesihatan Singapura (KKS), tiga hari lalu.


Aminolhuda Hassan, merangkap ADUN parti Amanah

Semalam, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia Johor Aminolhuda Hassan, hasil saringan Jabatan Kesihatan Johor (JKMJ) ke atas lapan pelancong warga China di Johor Bahru hari ini menunjukkan tiada tanda-tanda atau gejala jangkitan koronavirus.

BACA: 8 pelancong China di JB tiada gejala koronavirus

Semasa mengesahkan perkara itu semalam, beliau berkata empat individu dewasa dan empat kanak-kanak dari Wuhan itu kini berada di sebuah hotel di Johor Bharu dan dipantau oleh JKNJ selama 14 hari.




“Jika sihat dan suhu normal, tidak akan ditahan tetapi semua warganegara China, Singapura atau mana-mana pelancong yang datang, mereka akan diberi risalah yang mengatakan dalam tempoh 14 hari jika ada gejala harus segera ke hospital berdekatan,” katanya semalam.

Pihak Kerajaan harus menghalang kemasukan semua pelancong yang datang dari China dengan segera. -Tun Carlos