Satu perkataan 1MDB pun tiada dalam pertuduhan ke atas Ahmad Maslan -Peguam
Ahmad Maslan diwakili peguamnya Hamidi Mohd Noh ketika mendengar pertuduhan pada hari ini di Mahkamah Jalan Duta.
Setelah selesai proses membayar ikat jamin, ketika bertemu wartawan Hamidi berkata kes anak guamnya agak menarik kerana langsung tiada satu pun perkataan 1MDB dikaitkan dalam pertuduhan.
Maknanya kes itu bukan kes 1MDB. Sebaliknya hanya kes tak bayar cukai pada tahun 2013 di mana Ahmad Maslan mengaku langsung tidak bersalah.
Beliau hairan kenapa media Kerajaan selalu mengaitkan pertuduhan Ahmad Maslan dengan isu 1MDB.
Di atas pertuduhan kedua, beliau juga hairan kenapa kenyataan membela diri anak guamnya semasa disoalsiasat oleh SPRM telah digunakan oleh SPRM untuk mendakwa anakguamnya konon telah memberi kenyataan palsu kepada SPRM.
Walhal sesiapa saja berhak mempertahankan diri ketika disoalsiasat samada oleh SPRM mahupun pihak Polis.
Pertuduhan itu agak kelakar dan lucu. Tapi tidak hairan ia berlaku di zaman pemerintahaan Kerajaan Pakatan Harapan.
Berikut adalah video temubual bersama Ahmad Maslan dan peguamnya: